SEORANG bapa yang didakwa mencederakan anak perempuannya menggunakan objek keras mengaku bersalah atas pertuduhan itu, di Mahkamah Seksyen Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Tertuduh berusia 47 tahun itu membuat pengakuan atas kesalahan dilakukannya, di hadapan Hakim Norma Ismail selepas pertuduhan dibacakan. Mengikut pertuduhan, suspek dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap anak kandungnya berusia 17 tahun dengan menggunakan suatu alat yang digunakan sebagai senjata. Antara objek yang digunakan sehingga mungkin menyebabkan kematian iaitu satu kerusi plastik, satu bakul pakaian dan satu papan seterika. Perbuatan itu dilakukan kira-kira pukul 11.45 malam di sebuah rumah di Kampung Kendong Baru, Rembau, pada 23 Januari lalu. ARTIKEL BERKAITAN: Gadis cedera parah, terima 12 jahitan di muka! Bapa hempuk, terajang guna meja seterika dan kerusi ARTIKEL BERKAITAN: Gadis lunyai kena henyak dedah pernah juga dirogol bapa, hospital sahkan ada kesan koyakan Oleh itu, tertuduh melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 326A akta sama. Kesalahan tersebut memperuntukkan hukuman penjara hingga tiga tahun atau dengan denda atau sebatan atau mana-mana dua daripada seksaan itu. Mahkamah kemudian menetapkan 5 Mac depan bagi sebutan hukuman. Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Qaiyyum Ramlan. Sebelum ini, tertuduh sama berdepan pertuduhan merogol anak kandungnya yang berusia 16 ketika kejadian pada November tahun lalu. Namun ketika dibicarakan di Mahkamah Sesyen Seremban, Negeri Sembilan, tertuduh mengaku tidak bersalah. Kesalahan itu dilakukan pada 12 November 2023, pada waktu petang, di sebuah rumah di Kampung Kendong Baru Kota, Rembau. Sebelum ini, tular video seorang lelaki dalam keadaan mabuk membelasah remaja perempuan di sebuah rumah. Tindakan tidak berperikemanusiaan itu menyebabkan remaja terbabit menerima 12 jahitan di kepala. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube