JENAZAH pendaki di Gunung Reskit dekat Kuala Tahan di Jerantut, Pahang masih belum dibawa keluar berikutan keadaan awan yang tebal pada Rabu. Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintenden Azman Mat Kamis berkata, operasi membawa keluar jenazah Zahalita Othman tidak dapat diteruskan selepas helikopter Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengalami kesukaran untuk turun disebabkan awan tebal. Untuk rekod, mangsa yang berusia 53 tahun meninggal dunia ketika mendaki Gunung Reskit pada Selasa. Dia dilaporkan mengalami sesak nafas sebelum meninggal dunia kira-kira pukul 7.30 pagi. Mangsa mengikuti program pendakian gunung bersama kumpulannya sejak 1 Februari lalu. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube