SEORANG pemandu meluahkan rasa kesal dengan tindakan penunggang motosikal yang merosakkan cermin sisi kenderaannya, gara-gara menyangka dia sengaja menggunakan lorong kecemasan. Menerusi hantaran di Facebook DashCam Malaysia, pengguna bernama Akhi Ismile mendakwa cermin sisi keretanya ditujal penunggang motosikal berkuasa tinggi berkenaan ketika menggunakan laluan Smartlane berhampiran persimpangan Sungai Buaya, Hulu Selangor, pada Sabtu. "Di laluan SmartLane pun kena tendang side mirror. Tepi highway selang 500 meter (m) ada signboard SmartLane," tulisnya. Dalam hantaran sama, dia turut berkongsi gambar cermin sisi keretanya yang rosak akibat perbuatan penunggang motosikal terbabit. Terdahulu, klip video yang memaparkan seorang penunggang motosikal berhenti di hadapan sebuah kereta di lorong kecemasan yang diaktifkan SmartLane sebelum merosakkan cermin sisi kenderaan berkenaan, tular di media sosial. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Menjengah ruangan komen, netizen tampil mengecam penunggang motosikal berkenaan yang didakwa tidak cakna dengan papan tanda di lebuh raya. Malah, ada antara netizen yang mendedahkan butiran peribadi penunggang berkenaan berdasarkan nombor pendaftaran motosikalnya dan berharap pelaku diambil tindakan dengan segera. Untuk makluman bersama, Smartlane adalah pengaktifan lorong paling kiri di lebuhraya PLUS di beberapa laluan kritikal di lebuh raya. Inisiatif tersebut bertujuan untuk menambah kapasiti lorong di lebuh raya terutama di laluan-laluan terbabit dan dilaksanakan bagi menyuraikan aliran trafik untuk mengurangkan kesesakan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube