suria

Pemancing temukan kanak-kanak autisme lemas dalam tasik selepas 3 jam hilang

Foto kanak-kanak hilang yang dikongsikan ibu pada Selasa.

SEORANG kanak-kanak autisme yang hilang pada petang Selasa ditemukan lemas di sebuah kolam tadahan banjir di Petaling Jaya, Selangor tiga jam kemudian.

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar @ Ismail, mangsa yang tidak lagi bernyawa itu ditemukan orang awam yang sedang memancing pada kira-kira pukul 7 malam.

“Mangsa dijumpai di tengah tasik atau kolam tadahan banjir oleh pemancing. Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Pusat Perubatan Universiti Malaya,” menurutnya menerusi kenyataan yang dikeluarkan.

Terdahulu, seorang wanita dikenali sebagai Nur Hidayati dalam hantaran di laman Facebook memohon bantuan orang ramai untuk mengesan anak lelakinya yang dipercayai hilang pada kira-kira pukul 4 petang Selasa.

“Saya mohon bantuan. Anak saya umur 6 tahun hilang di Taman Aman, Petaling Jaya sekitar pukul 4 tadi.

"Masih cari tak jumpa. Jika ada nampak mohon hubungi saya kerana anak saya autisme,” katanya dalam hantaran berkenaan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain