suria

Ngeri! Tengkorak pecah, bayi maut dicampak dari aras tinggi

Mayat bayi yang dicampak dari tingkat tinggi.

MAYAT bayi lelaki yang baru dilahirkan telah ditemui di laluan sebuah apartmen di Brickfields, Kuala Lumpur.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood berkata orang ramai memaklumkan kejadian itu kepada polis di pangsapuri di Sri Petaling pada pukul 2.30 petang pada Sabtu.

“Bayi itu dipercayai dibuang dari lokasi tinggi sehingga menyebabkan tengkoraknya pecah," katanya sambil menambah tali pusat bayi itu masih terlekat.

Tambahnya, siasatan berhubung kes itu masih diteruskan dan polis sedang mengesan pelaku.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain