UMAT Islam di Malaysia akan mula berpuasa pada Selasa, bersamaan 12 Mac 2024.
Perkara itu diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad.
Menurut Syed Danial, tarikh permulaan puasa di seluruh negara ditetapkan pada hari tersebut menurut perintah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.
Pengumuman itu disiarkan menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada Ahad (10 Mac) malam.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube