suria

Warga Lembah Klang boleh alami sendiri keunikan tengah hari tanpa bayang minggu depan

Fenomena tengah hari tanpa bayang akan berlaku pada 27 Mac.

WARGA Lembah Klang dijangka mengalami peristiwa waktu tengah hari tanpa bayang pada minggu depan.

Ketika fenomena tersebut, matahari berada tepat di atas kepala setiap orang dengan bayang kepala dan badan jatuh ke tapak kaki menyebabkan ia seumpama tiada bayang.

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) berkata, Malaysia mengalaminya sedikit lewat selepas ekuinoks iaitu pada 27 Mac di Putrajaya dan 28 Mac di Kuala Lumpur.

Menjelaskan tentang ekuinoks, Mosti berkata ketika fenomena itu matahari berada betul-betul di atas garisan Khatulistiwa pada sepanjang hari.

Untuk tahun ini peristiwa itu akan berlaku pada Rabu, 20 Mac.

Jadi pada hari ini seluruh dunia mengalami masa siang dan malam yang sama panjang iaitu, 12 jam siang dan 12 jam malam.

Ekuinoks turut menandakan perubahan musim iaitu bermulanya musim bunga di hemisfera utara bumi manakala di hemisfera selatan pula sebaliknya bertukar mengalami musim luruh.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain