SEBUAH video yang menyayat hati tular di mana seorang ibu dilihat menangis di tempat kejadian selepas anak lelakinya yang masih remaja maut dalam kemalangan di i Jalan Tanjong Minyak, Bukit Rambai, Melaka. Klip berdurasi 19 saat yang dikongsi di media sosial menunjukkan wanita itu meraung kuat selepas melihat mayat anaknya yang tidak bernyawa ditutupi kain putih pada 1.04 pagi Selasa. Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit mengenal pasti mangsa sebagai Muhammad Amin Fakhrullah Mohd Faiez berusia 19 tahun dari Pantai Kundor. Beliau berkata, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala selepas motosikal ditungganginya bertembung dengan sebuah kereta dari arah depan di Jalan Tanjung Minyak di Bukit Rambai. Christopher Patit berkata, kereta itu dipandu seorang pelajar berusia 22 tahun manakala mangsa dalam perjalanan pulang ke rumah ketika kemalangan berlaku. Beliau berkata siasatan telah dimulakan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian akibat memandu secara melulu. - The Star Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube