KECOH di laman sosial video yang memaparkan seorang wanita bertindak menerjah suaminya yang sedang 'shopping' di tapak ekspo bersama seorang wanita lain, dipercayai skandal lelaki berkenaan. Menerusi video berdurasi 1.30 saat itu, wanita tersebut menyergah 'pasangan kekasih' berkenaan sambil membuat rakaman video tanpa mempedulikan pengunjung yang lain. "Bro!! Curang ke? Kau curang ke? Kau curang ke?" jeritnya berkali-kali sambil mengejar pasangan berkenaan.” Lelaki yang dipercayai suaminya bagaimanapun dilihat cuba untuk mengelak dan melarikan diri sambil diekori oleh 'kekasihnya'. "Biar semua orang tahu. Woi kau tahu tak, dia ni laki orang?" jerit wanita tersebut ke arah 'kekasih' suaminya. Tanpa berkata apa-apa, 'si kekasih' dilihat sempat melemparkan senyuman dan kemudian memaut tangan lelaki berkenaan sambil berlalu pergi. Video tersebut kecoh sejak Isnin di pelbagai platform media sosial, dengan menyaksikan warga maya membanjiri ruangan komen dengan kecaman terhadap pasangan berkenaan. ARTIKEL BERKAITAN: Suami kantoi skandal selepas 20 tahun kahwin... Gembira isteri izin ‘tambah cawangan’, cuba reda hidup bermadu "Masalahnya muka penyondol tu pun muka pasar malam. "Akak patut tendang dekat pelipat lutut laki tu. Biar dia jatuh terduduk lepas tu akak rentap tangan perempuan itu. "Dayusnya seorang lelaki bila dah kantoi, tak pergi dekat isteri," demikian komen netizen. Pasangan ini cuba melarikan diri selepas 'diserang' oleh wanita berkenaan. Apa yang menarik perhatian, lelaki dipercayai suami wanita berkenaan turut meninggalkan komen pada perkongsian video di laman X. "Aku bukan nak betulkan keadaan, tapi aku cuma nak cakap yang perempuan tu tak ada kena mengena sebenarnya. Dia tak tahu menahu pun pasal benda ni. "Semua ni salah dan silap dari aku sendiri. Dia tak pernah tahu status aku. Bukan aku cuba nak membela dia, tapi aku rasa aku patut bersuara sebab dia memang tak bersalah. "Aku tak boleh nak keluarkan statement yang lebih sebab semuanya nanti aku akan buktikan dalam mahkamah. Aku cukup bukti untuk tidak mensabitkan perempuan tu dalam kejadian ni. "Kalau rasa nak bukti-bukti tu boleh DM aku sendiri. Perempuan tu cuma mangsa keadaan," tulisnya. Sehingga kini video tersebut meraih 2.9 juta jumlah tontonan di laman X. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube