PENGAWAL peribadi yang terkena tembakan dalam satu insiden di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 14 April lalu, kini sudah sedar. Muhammmad Nur Hadith atau lebih dikenali sebagai Along sebelum ini menjalani pembedahan usus selepas cedera ketika menyelamatkan majikannya, yang merupakan pemilik agensi pelancongan, Farah Md Isa. Isterinya, Siti Noraida Hassan, mengesahkan Along sudah sedar pada Sabtu. "Dia sudah sedar. Mesin bantuan pernafasan telah ditutup pagi ini (Ahad). Dia sudah mula dapat bercakap sedikit," kata Siti Noraida ketika dihubungi. Mangsa sebelum ini ditidurkan akibat parah terkena tembakan. ARTIKEL BERKAITAN: Mangsa insiden tembak KLIA selesai jalani pembedahan usus... Keadaan stabil tapi belum sedarkan diri ARTIKEL BERKAITAN: “Masih trauma kejadian depan mata” - Isteri suspek tembak di KLIA 1 akhirnya ‘bersuara’ Bagaimanapun kat Siti Noraida, tiada tempoh diberikan untuk suaminya dibenarkan keluar dari hospital. "Ia mungkin mengambil sedikit masa," tambahnya. Pada 14 April, KLIA 1 digemparkan dengan kejadian seorang lelaki cuba menembak isterinya di balai ketibaan. Dalam kejadian kira-kira 1.30 pagi itu, Farah yang lebih dikenali sebagai Farah Cie sedang menunggu ketibaan jemaah yang pulang dari umrah. Muhammmad Nur Hadith dikejarkan ke Hospital Cyberjaya selepas terkena salah satu daripada dua tembakan yang dilepaskan, di bahagian perut. Polis menahan suspek berumur 38 tahun, Hafizul Harawi di Kota Bharu, Kelantan pada petang keesokan hari. - The Star Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube