suria

Bas ekspres terbakar libatkan 16 mangsa termasuk pemandu

Bomba memadam kebakaran bas ekspres di KM242.3 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS).

SERAMAI 16 individu cemas apabila bas ekspres yang dinaiki terbakar di KM242.3 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara kira-kira pukul 12.01 tengah malam pada Ahad.

Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat, Pegawai Bomba Kanan II Mohd Fawwaz Abdul Jamil berkata pihaknya mengerahkan anggota dan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kangsar dan Meru Raya ke tempat kejadian sebaik menerima pangggilan sekitar pukul 12.01 tengah malam.

“Dalam kejadian itu, sebuah bas ekspres terbakar dianggarkan sehingga 80 peratus.

“Semua 16 orang termasuk pemandu terselamat dan mereka dipindahkan ke bas yang lain sewaktu pasukan bomba tiba di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Mohd Fawwaz berkata, pasukan bomba berjaya mengawal kebakaran pada jam 12.51 tengah malam dan selesai sepenuhnya pada 1.34 pagi. - The Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain