suria

Hina mangsa nahas helikopter, akaun X milik wanita lesap daripada ‘radar’ - “Ajal Allah yang tentukan, hormat waris!”

Ciapan seorang individu di laman X mengenai nahas helikopter TLDM mengundang kecaman warga maya.

KETIKA seluruh negara sedang berduka susulan nahas dua buah helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang mengorbankan 10 anggotanya, seorang individu dipercayai wanita tergamak memuat naik satu hantaran tidak sensitif di laman X.

"Askar lain semua mati masa perang, askar Malaysia mati masa latihan. Macam manalah helikopter boleh bertembung? Yang bawa tu tak habis belajar ke apa?," demikian tulis individu berkenaan.

Ciapan tersebut yang dibuat pada pukul 11.05 pagi Selasa mengundang kecaman warga maya, menyebabkan individu berkenaan bertindak memadam hantarannya.

pic 1 new

Anggota penyelamat bertungkus-lumus mengeluarkan mayat mangsa yang terkorban.

Bagaimanapun netizen sempat membuat tangkapan skrin (screenshoot) hantaran asal dan memuat naik di laman X sekali gus ia menjadi tular.

Menerusi perkongsian semula oleh akaun @fathermeeth di laman X, kecaman bertalu-talu dilontarkan warga maya terhadap individu berkenaan yang disifatkan sama sekali tidak sensitif serta tidak menghormati perasaan keluarga mangsa yang terlibat.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada yang terselamat... 10 maut dalam nahas 2 helikopter bertembung di Lumut

ARTIKEL BERKAITAN: Kejadian betul-betul atas kepala... Saksi rakam helikopter bertembung dekat kolam renang TLDM

"Inilah dia terpaling netizen. Jari menaip lebih laju daripada kepala otak dia.

"Dia tak tahu ke latihan perang dalam negara pun dikira berjihad untuk agama, bangsa dan negara.

Dia tak tahu ke latihan perang dalam negara pun dikira berjihad untuk agama, bangsa dan negara.

NETIZEN

"Kau pernah belajar ke cara kendali helikopter? Kau ingat sesiapa je ke boleh jadi pilot askar?

"Ajal ni Allah yang tentukan, tak kira apa. Hormat keluarga mangsa," demikian antara komen netizen.

Malah netizen turut membuat pautan kepada akaun Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil agar tindakan tegas diambil terhadap individu berkenaan.

komen hina

Netizen mengecam individu yang membuat hantaran tidak sensitif mengenai nahas helikopter pada pagi Selasa.

Menerusi carian mStar, akaun berkenaan sudah dipadamkan.

Terdahulu, negara digemparkan dengan nahas dua helikopter TLDM yang bertembung ketika sedang membuat latihan lintas hormat sempena sambutan Hari Ulang Tahun TLDM ke-90, kira-kira pukul 9.32 pagi Selasa.

Daripada kesemua 10 mangsa yang terkorban, tiga daripadanya berada dalam helikopter jenis Fennec M502-6, manakala tujuh lagi berada di dalam helikopter HOM M503-3.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain