ALLAHYARHAM Nurfarahimi Mohd Saedy, 41, yang terkorban dalam nahas helikopter di Lumut, Perak pernah menyuarakan hasratnya sebelum dia bersara. "Arwah bagi tahu sebelum dia pencen, dia teringin nak naik helikopter," kata ibu saudara arwah iaitu Laila Fairus Ismail. Menurut Laila, Nurfarahimi yang merupakan Pegawai Waran II TNL sudah tiga kali menaiki helikopter sepanjang kerjayanya. "Dia naik itu pun selama tiga hari disebabkan terbabit dalam latihan raptai," ujarnya ketika ditemui media di Banggol Jas, Sungai Bayor, Selama, Perak. Arwah Nurfarahimi (duduk, kiri) bersama keluarga ketika sambutan Aidilfitri, baru-baru ini. Jelas ibu saudara berusia 58 tahun itu, arwah merupakan antara orang yang paling ceria ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri. ARTIKEL BERKAITAN: “Ayah tak banyak cakap tapi...” - Anak sulung kenang arwah bapa sentiasa penuhi permintaan anak-anak ARTIKEL BERKAITAN: Allahyarham Rezaudeen beritahu bapa nak pencen awal, mahu luangkan masa bersama anak Malah katanya, arwah turut memaklumkan kepada saudara-mara yang dia akan pencen tidak lama lagi dan akan menetap dengan suaminya di Kuantan dan tidak akan tinggal lagi di Lumut. "Arwah seorang yang mudah gembira dan pada hari raya dia memaklumkan akan berpencen kalau tak salah pada Jun ini. "Dia juga ada memaklumkan sebelum ini yang dia tak pernah naik helikopter dan teringin nak merasainya sebelum berpencen nanti," katanya namun tidak menyangka nahas berlaku menimpa anak saudaranya. Menurutnya lagi, suami Noorfarahimi juga anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Kuantan, Pahang. Mereka mempunyai tiga anak berusia 16,12 dan lapan tahun. Allahyarham merupakan antara 10 mangsa yang terkorban dalam nahas dua helikopter bertembung di udara dan terhempas di Pengkalan TLDM Lumut, Perak pada pagi Selasa. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube