suria

Tragis! Budak 5 tahun ditinggal sendirian maut jatuh kondo

Budak berusia lima tahun maut dipercayai terjatuh dari tingkat 12 sebuah kondominium. -Gambar hiasan

SEORANG kanak-kanak perempuan berusia lima tahun maut dipercayai terjatuh dari tingkat 12 sebuah kondominium, di Johor Bahru, pada Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, polis menerima laporan bahawa mangsa ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di aras enam bangunan itu pada 6.30 petang.

"Mangsa dipercayai ditinggalkan seorang diri, manakala ibunya pergi mengambil seorang lagi anak dari sekolah," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Raub berkata, mangsa dipercayai membuka pintu yang tidak berkunci menuju ke koridor dan memanjat dinding sebelum terjatuh.

Tambah beliau, pegawai perubatan dari Hospital Sultanah Aminah (HSA) mengesahkan kanak-kanak itu meninggal dunia akibat kecederaan parah di badan dan kepala.

Kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta kanak-kanak tahun 2001 kerana cuai dan pengabaian terhadap kanak-kanak.

Difahamkan, wanita berkenaan yang merupakan suri rumah berusia 31 tahun ditahan dan dibebaskan dengan jaminan polis.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain