YANG di-Pertua Dewan Negara, Senator Datuk Mutang Tagal meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada Jumaat.
Dalam satu kenyataan dikeluarkan Pejabat Yang di-Pertua Dewan Negara, mendiang yang berumur 70 tahun disahkan menghembuskan nafas terakhir pada pukul 11.46 pagi.
"Mendiang menerima rawatan di IJN sejak 6 Mei lalu, iaitu setibanya di Malaysia dari lawatan kerja rasmi di Azerbaijan," kata kenyataan itu.
Untuk rekod, Mutang Tagal dipilih menjadi Yang di-Pertua Dewan Negara yang ke-20 pada 19 Februari 2024, menggantikan Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang sekarang merupakan Yang di-Pertua Negeri Sarawak.
Mutang merupakan orang Dayak pertama dari Sarawak yang menjadi Presiden Senat. - The Star
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube