suria

Pengeluaran Akaun Fleksibel KWSP boleh dibuat bila-bila masa, had minimum RM50

Pengeluaran Akaun Fleksibel boleh dibuat pada bila-bila masa sahaja.

KUMPULAN Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berkata pengeluaran Akaun Fleksibel boleh dilakukan pada bila-bila masa dengan had pengeluaran minimum RM50, dan terhad kepada baki dalam akaun ahli sahaja.

Jelas KWSP, bayaran bagi pengeluaran daripada akaun itu akan dibuat secara pengkreditan terus ke dalam akaun bank ahli.

Untuk proses pengeluaran Akaun Fleksibel, ahli tidak perlu hadir di Pejabat KWSP bagi tujuan di atas kerana pengesahan identiti boleh dibuat secara dalam talian, tertakluk kepada sejarah rekod ahli dan amaun pengeluaran tidak melebihi RM30,000.

ARTIKEL BERKAITAN: Akaun 3 KWSP bermula 11 Mei dengan baki sifar, penuhi keperluan kewangan jangka pendek

Bagi ahli yang tiada rekod pengeluaran atau maklumat akaun bank berbeza dengan rekod pengeluaran terdahulu, mereka perlu mengesahkan identiti melalui pengesahan cap ibu jari di Self-Service Terminal (SST) KWSP bagi amaun permohonan pengeluaran lebih daripada RM10,000.

Kata KWSP lagi, ahli yang tidak mempunyai rekod pengeluaran terdahulu juga boleh melakukan pengesahan dalam talian tertakluk kepada amaun permohonan pengeluaran kurang daripada RM10,000.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain