suria

Lelaki didakwa rogol wanita mengandung

Mangsa pemerkosaan harus mendapat keadilan sewajarnya. -Gambar hiasan

SEORANG lelaki berumur 21 tahun didakwa di Mahkamah Majistret, Sibu, Sarawak pada Selasa kerana merogol wanita mengandung.

Tiada rayuan dikemukakan tertuduh selepas pertuduhan dibacakan ke atasnya oleh Majistret Romario Jonoi.

Mahkamah menetapkan 20 Mei untuk sebutan semula kes dan tertuduh tidak ditawarkan sebarang ikat jamin.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(2)(g) Kanun Keseksaan kerana merogol mangsa berumur 22 tahun dalam kejadian di sebuah bilik tingkat atas kediaman mangsa di Jalan Teku sekitar pukul 1 pagi pada 25 April. - The Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain