suria

Tiada lagi pasangan comel, sedondon Hello Kitty… Usahawan, suami sah bercerai

Afina dan keluarga menjadi perhatian kerana sering memakai baju raya bertemakan Hello Kitty.

DESAS-desus mengenai konflik rumah tangga usahawan kosmetik, Yus Amina Mohd Zawizah, 34, akhirnya terjawab selepas pasangan itu sah bercerai talak satu, pada Rabu.

Suaminya, Mohd Afizi Mohd Nasir, 41, melafazkan talak di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Kuala Lumpur, kira-kira pukul 11.15 pagi.

Usahawan kosmetik yang dikenali sebagai Kak Hello Kitty itu sebelum ini tular di media sosial kerana memakai baju raya bertemakan kartun popular itu setiap tahun sejak 2015.

ARTIKEL BERKAITAN: Usahawan nafi amalan pakai baju Hello Kitty punca penceraian, dah usaha selamatkan rumah tangga tapi gagal

ARTIKEL BERKAITAN: 9 tahun ceria sedondon, baju Hello Kitty ‘terakhir’ cetus tanda tanya! Usahawan dedah beraya tanpa suami, menangis dalam tandas

Tidak menggayakan baju raya Hello Kitty sendirian, dia turut menyediakan baju tema sama untuk suami dan dua anaknya sekali gus akan tampil sedondon di pagi raya atau jemputan rumah terbuka.

"Ya, saya dan suami sah bercerai talak satu hari ini.

"Sedih dan terkilan sebab saya sedaya-upaya cuba untuk menyelamatkan perkahwinan ini. Kami dah kenal lama 17 tahun, dah kahwin 10 tahun," katanya ketika dihubungi mStar.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 2014. Foto FAIHAN GHANI

Pada 15 April lalu, Yus Amina atau lebih mesra disapa Afina memfailkan permohonan cerai secara taklik atas alasan tiada persefahaman.

Untuk rekod, Afina dan Mohd Afizi mendirikan rumah tangga selama 10 tahun dan pasangan itu bernikah pada 30 Mei 2014.

Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putri Jeliyta Ai Rich Mohd Afizi, 9, dan Putra Jamsyeir Ai Rich Mohd Afizi, 4.

Hasil perkahwinan selama 10 tahun, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata.

mStar pada 9 Mei lalu melaporkan tentang Afina yang berkongsi gambar terakhir sekeluarga bersama suami dan anak-anak memakai baju bertemakan Hello Kitty.

"Gambar terakhir kita bersama pakai baju sama. Kali ni dia tinggalkan kami bertiga," katanya menerusi kapsyen dalam satu video yang dimuat naik di TikTok.

Dalam temubual itu, Afina yang berasal dari Machang, Kelantan mendedahkan dia menyambut 1 Syawal lalu bersama anak-anak, tanpa suami.

Usahawan itu bagaimanapun memberitahu, dia sebenarnya sudah menyediakan enam pasang baju raya untuk mereka sekeluarga bagi Aidilfitri kali ini.

"Ada enam pasang termasuk dua baju bertemakan Hello Kitty. Tapi hanya saya dan dua anak yang pakai baju raya Hello Kitty kali ini.

"Baju raya yang sepatutnya untuk suami itu dipakai oleh bapa saya ketika saya dan anak-anak pulang ke kampung di Machang, Kelantan," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain