suria

Polis tahan doktor disyaki cabul remaja perempuan di wad kecemasan

Mencabul kanak-kanak bawah umur merupakan satu kesalahan jenayah. -Gambar hiasan

POLIS menahan seorang doktor dipercayai terbabit dalam kes cabul seorang remaja perempuan berusia 15 tahun dalam kejadian pada Selasa.

Menurut Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintenden Hafezul Helmi Hamzah, mangsa membuat laporan pada Selasa di Balai Polis Bota, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Perak Tengah, pukul 9.14 malam.

"Mangsa mengatakan telah diganggu secara seksual oleh seorang lelaki dipercayai doktor semasa mendapatkan rawatan di wad kecemasan di Hospital Changkat Melintang.

"Susulan daripada laporan polis tersebut, pada Rabu sekitar pukul 2 petang, sepasukan pegawai polis dari IPD Perak Tengah telah membuat tangkapan ke atas doktor berkenaan.

"Suspek telah direman untuk siasatan lanjut dan mangsa dalam keadaan stabil," katanya dalam satu kenyataan media pada Rabu malam.

Tambah Hafezul, kes disiasat mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

Justeru, katanya, sesiapa yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Kes Inspektor Mohamad Zulkarnaiin Jusoh di talian 013-9740294.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain