suria

Dinding lori tercabut, daging babi sejuk beku bertaburan atas jalan

Muatan daging babi sejuk beku jatuh bertaburan atas jalan selepas dinding lori itu tercabut. -Foto Bernama

PERJALANAN sebuah lori tergendala apabila muatan daging babi sejuk beku yang dibawa jatuh bertaburan di atas jalan raya.

Insiden berlaku di Jalan Gua Musang - Jeli, berdekatan Kampung Tool, Kelantan pada pagi Sabtu.

Dalam kejadian itu, kira-kira 50 daging babi sejuk beku terjatuh di atas jalan raya selepas dinding kiri lori tercabut akibat melalui jalan yang mendap.

Lori itu dipercayai dalam perjalanan dari Tanah Merah ke Kuala Lumpur.

Pemandu juga tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian itu.

Video kejadian turut dimuat naik ke media sosial.

"Tak ada pula berebut nak kutip ya?

"Tak ada orang ambil bawa balik ke?" komen beberapa pengguna TikTok.

Komen sinis itu dipercayai merujuk kepada kejadian-kejadian sebelum ini yang mana orang ramai tanpa rasa bersalah berebut mengambil barang yang terjatuh daripada lori.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain