suria

Pemandu bas persiaran terbalik di Genting Highlands tiada lesen, miliki 27 saman

Keadaan bas persiaran yang terbalik di Kilometer 16.5, dekat Genting Highlands.

PEMANDU bas persiaran yang terlibat dalam kemalangan sehingga terbalik ketika turun dari Genting Highlands pada pagi Sabtu didedahkan tidak mempunyai lesen pemandu dan memiliki rekod saman lampau atas pelbagai kesalahan.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata hasil siasatan lanjut menunjukkan pemanda berusia 32 tahun itu mempunyai sejumlah 27 rekod kesalahan trafik.

Menurut Zaiham, dua mangsa yang maut di tempat kejadian dikenal pasti sebagai warga China iaitu Zhang Ping, 58, and Wang Shuhong, 49.

Tambahnya insiden itu melibatkan 18 pelancong asing, pemandu bas, pembantunya dan seorang pemandu pelancong.

"Dua mayat mangsa yang terkorban bersama enam lagi mangsa yang cedera dibawa ke Hosipital Bentong manakala baki 13 mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur," kata Zaiham.

Terdahulu, dalam kejadian sekitar 10.35 pagi. bas yang membawa 18 penumpang warga asing itu terbabas sebelum melanggar tembok tengah pembahagi jalan di KM 16.5, jalan turun Genting Highlands, Bentong menuju ke ibu negara. - The Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain