suria

Proses bedah siasat Nur Farah Kartini 'Pending Laboratory Investigation' - Polis

Proses bedah siasat terhadap mangsa dijalankan pada Selasa oleh pakar patalogi.

KEPUTUSAN bedah siasat mayat bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini Abdullah diklasifikasi sebagai Pending Laboratory Investigation (menunggu laporan lengkap makmal).

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, proses bedah siasat terhadap mangsa berusia 25 tahun itu dijalankan pada Selasa oleh pakar patalogi di Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh bermula pukul 3 sehingga 5.30 petang.

"Polis masih menjalankan siasatan lanjut dan memohon mana-mana saksi kejadian untuk tampil di balai berhampiran bagi membantu siasatan.

"Orang ramai juga diingatkan supaya tidak membuat spekulasi berkaitan kes ini dan tidak menyebarkan sebarang gambar atau perkara yang boleh mengganggu siasatan kes," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: “Jangan tambah kesedihan kami” - Abang dedah sikap, kebaikan Farah Kartini... Selalu bantu famili, tak suka kongsi masalah

Ini bermakna, punca kematian graduan UPSI itu belum dapat dipastikan sehingga polis menerima laporan analisa makmal.

Nur Farah Kartini dilaporkan hilang sejak Rabu minggu lalu selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan.

Mayatnya ditemukan kira-kira pukul 6 petang pada Isnin berhampiran Felda Gedangsa, Hulu Selangor dipercayai dibunuh individu yang dikenalinya.

Susulan itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan menahan suspek, seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal dan bertugas di Balai Slim River.

Suspek kemudian direman tujuh hari sehingga 22 Julai untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain