suria

Nenek disamun, dirogol ketika sedang tunggu lif! Polis tahan suspek warga asing

Kes jenayah seorang nenek disamun dan dirogol mendapat perhatian warga maya. -Gambar hiasan

SEORANG warga asing berusia 25 tahun yang juga pekerja kedai makan ditahan selepas didakwa menyamun dan merogol wanita warga emas berumur 71 tahun di sebuah aprtment di Cyberjaya, Sepang, Selangor pada Khamis malam.

Ketua Polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof, berkata siasatan awal mendapati mangsa sedang menunggu lif di apartment berkenaan ketika kejadian berlaku.

Suspek kemudiannya membawa mangsa ke kawasan tangga perumahan dan bertindak merogol warga emas terbabit.

"Lelaki itu ditahan di sebuah lokasi di Tower Cyberjaya dan polis turut merampas barangan kes milik pengadu.

"Polis turut merampas telefon bimbit dan dompet suspek yang mengandungi beberapa barangan.

"Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Sepang pada Sabtu untuk ditahan reman," katanya dalam satu kenyataan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 376/392 Kanun Keseksaan iaitu jenayah rogol dan samun.

Bagi kesalahan rogol boleh dipenjara tidak kurang daripada lima tahun dan tidak lebih daripada 20 tahun serta sebatan, manakala bagi kesalahan samun boleh dipenjara maksimum 14 tahun atau sebatan, jika sabit kesalahan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain