suria

Tiga kanak-kanak didera kerana enggan jamah makanan basi, dipaksa buat seks oral

Mangsa kes penderaan akan mengalami trauma untuk jangka masa yang panjang. -Gambar hiasan

SEORANG lelaki yang dipercayai terlibat dalam penderaan tiga kanak-kanak selain turut memaksa mangsa membuat seks oral, kini diburu polis.

Menurut Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, mangsa terdiri daripada dua kanak-kanak lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan berusia 9 hingga 14 tahun telah diselamatkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Ujarnya, polis menerima laporan berkaitan kes tersebut kira-kira pukul 12.49 pagi Jumaat.

"Hasil siasatan awal mendapati kesemua mangsa kerap dipukul dengan menggunakan tangan dan tali pinggang kerana enggan makan makanan yang basi.

ARTIKEL BERKAITAN: Padah merotan dan dera kanak-kanak, penjaga rumah GISBH dipenjara 10 tahun

"Tindakan tersebut disebabkan kanak-kanak itu tidak mahu membuat kerja rumah," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Beliau menambah, suspek turut memaksa mangsa melakukan seks oral terhadapnya.

Jelas Vijaya, kes disiasat dibawah Seksyen 31 (1) (a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain