suria

Suspek rempuh pelajar UiTM tak pernah terima rawatan mental di Terengganu

Suspek wanita (kanan) yang merempuh tiga pelajar UiTM Dungun hingga maut kini direman.

PEMANDU wanita yang merempuh dua motosikal sehingga menyebabkan kematian tiga pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Dungun pada Rabu lalu, tidak pernah mendapat rawatan kesihatan mental di Terengganu.

Menurut Pengarah Jabatan Kesihatan Terengganu, Datuk Dr Kasemani Embong, semakan mendapati tiada rekod wanita tersebut menerima rawatan kesihatan mental di mana-mana fasiliti kesihatan di negeri berkenaan.

Bagaimanapun ujar Dr Kasemani, pihaknya tidak pasti sama ada wanita tersebut ada mendapatkan rawatan di negeri lain.

Beliau dalam pada itu menasihatkan ahli keluarga bagi individu yang berkemungkinan menghidap masalah kesihatan mental untuk tampil ke hadapan dan menghantarnya mendapatkan rawatan sewajarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita rempuh 4 pelajar UiTM Dungun direman, dipercayai tak siuman memandu Honda CRV

Media sebelum ini melaporkan wanita yang terlibat dalam kemalangan maut sehingga mengorbankan tiga nyawa itu direman selama empat hari sejak Khamis (10 Oktober).

Dia yang merupakan suri rumah dan ibu kepada tiga anak itu kelihatan bingung ketika dibawa ke Kompleks Mahkamah Kuala Terengganu.

Dalam kejadian pada 7.35 malam, Rabu lalu, tiga pelajar UiTM Kampus Dungun maut, manakala seorang lagi parah selepas motosikal dinaiki mereka dirempuh suspek wanita yang memandu kenderaan utiliti sukan (SUV) di Jalan Pantai, di hadapan kampus.

Pelajar yang maut dikenali sebagai Muhammad Akmal Md Tukirin, 25, dari Muar, Johor; Ku Adib Ku Azmi, 20, dari Sungai Buloh, Selangor; dan Khairil Anwar Jamaludin, 20, dari Ampang, Selangor.

Sementara itu, Muhammad Amar Danish Mohammad Ridhuan, 20, dari Kuala Lumpur, mengalami kecederaan di pergelangan tangan dan kini menerima rawatan di Hospital Dungun. -The Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain