suria

Dapat bersama hingga nafas terakhir... Isteri Cikgu Din meninggal dunia

Isteri Cikgu Din meninggal dunia pada Isnin.

ISTERI kepada seorang guru, Mohammad Izzudin Azhar atau dikenali sebagai Cikgu Din meninggal dunia pada Isnin malam.

Khabar duka itu dimaklumkan dikongsikan abang kepada arwah iaitu Izzuwan Yusoff menerusi Facebook pada Selasa.

"Al-fatihah... Bagi sesiapa yang mengenali adik saya Nur Atiqah Yusoff. Dia telah menghembuskan nafas terakhir semalam (Isnin).

"Mohon maafkan salah silap arwah. Halalkan makan minum. Kalau arwah ada hutang boleh hubungi saya.

ARTIKEL BERKAITAN: Jauh ulang alik ziarah isteri hidap kanser tahap 4, Cikgu Din dibenar pindah sementara ke Kelantan

ARTIKEL BERKAITAN: Tertekan ulang-alik jaga isteri sakit kanser, Ustaz Izzuddin kini hidap MDD... Pertukaran dari Sarawak ke Kelantan tak lulus, belum cukup 3 tahun

"Semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Tenanglah di sana wahai adindaku," ujarnya dalam hantaran tersebut.

Difahamkan Nur Atiqah yang menghidap kanser tulang rawan tahap empat menghembuskan nafas terakhir pada pukul 9 malam di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) Kota Bharu, Kelantan.

Hasil perkahwinan Cikgu Din dan Nur Atiqah pada Februari 2018, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki.

Cikgu Din dan isteri memiliki seorang cahaya mata sepanjang perkahwinan mereka.

Solat jenazah Allahyarham diadakan di Masjid Putra Taman Desa SBJ Putra Pasir Pekan dan arwah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Baru.

Sementara itu, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dalam hantaran di Facebook berkata beliau turut menerima berita pemergian isteri Cikgu Din dan menzahirkan ucapan takziah kepada keluarganya.

Pada 24 Oktober lalu, mStar melaporkan kisah Cikgu Din yang tular kerana mahu ditempatkan di sekolah berhampiran pasangannya di Kelantan buat sementara waktu selepas diuji dengan masalah kesihatan.

Ia berikutan Cikgu Din pada ketika bertugas di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Ming Wok, Kanowit, Sarawak

Susulan itu Kementerian Pendidikan (KPM) memberi kebenaran kepada Cikgu Din untuk ditukarkan sementara ke Kota Bharu agar dia dapat bersama dengan isterinya dalam tempoh sukar.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain