BANGKAI kucing dan anjing pula ditemukan di kawasan kampus Universiti Malaya (UM) pada Rabu. Bangkai haiwan itu dijumpai di dua lokasi berasingan di kawasan universiti. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, pihaknya menerima laporan mengenai perkara itu. "Kami masih di peringkat awal siasatan. Kami pasti akan menyiasat perkara itu dengan lebih lanjut," katanya ketika dihubungi. Penemuan bangkai tersebut susulan insiden kematian beberapa kucing lain di kampus berkenaan. ARTIKEL BERKAITAN: Kes kucing mati di UM: Polis buka kertas siasatan, rakam keterangan Sementara itu, Kesatuan Pelajar universiti (KMUM) memaklumkan, perkara itu sudah dilaporkan kepada Pejabat Keselamatan dan polis. "Saya sudah berhubung dengan Pejabat Keselamatan dan meminta mereka memperketatkan kawalan kemasukan ke kampus. "Kami juga dalam proses untuk mendapatkan rakaman CCTV (kamera litar tertutup),” katanya dalam satu kenyataan yang kini tular. Terdahulu, Rajesh Nagarajan dari Lawyers for Animal Rights memberitahu, beliau percaya seorang 'psikopat' terlibat dalam insiden kematian kucing di UM. Beliau berkata, laporan doktor haiwan menunjukkan anggota badan kucing diputuskan menggunakan senjata tajam. "Jika ini kerja psikopat, kami bimbang keselamatan pelajar dan kakitangan UM selain haiwan liar," katanya pada sidang media, Isnin lalu. -The Star Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube