suria

Polis wanita positif dadah, kantoi dalam serbuan di pusat hiburan

Seorang polis wanita ditahan pada Rabu malam ketika bercuti. -Gambar hiasan

SEORANG anggota polis wanita ditahan selepas didapati positif dadah dalam serbuan Op Hiburan di sebuah pusat hiburan di Jalan Tun Razak di Kuala Lumpur pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail berkata, pegawai berpangkat rendah berusia 26 tahun itu ditahan dalam serbuan kira-kira pukul 2 pagi.

“Dia didapati positif pelbagai jenis dadah termasuk amphetamine, methamphetamine dan ketamin.

"Siasatan mendapati pegawai itu sedang bercuti sebelum melaporkan diri di kontinjen polis Johor," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Menurut Mohamad Lazim, anggota polis tersebut dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju untuk siasatan lanjut.

Jelas beliau, suspek direman dua hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain