suria

Rider rugi lebih RM63,000 gara-gara ‘love scam’, terpedaya gambar pelakon Hong Kong

Seorang penghantar barang rugi RM63,000 terpedaya dengan penipuan 'love scam'. -Gambar hiasan

SEORANG penghantar barang berputih mata apabila mengalami kerugian berjumlah RM63,826 gara-gara terpedaya dengan penipuan cinta dalam talian (love scam).

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, kejadian bermula pada awal Ogos lalu apabila mangsa berkenalan dengan seorang wanita yang disyaki menggunakan identiti palsu melalui platform media sosial WeChat.

"Selepas hampir 20 hari berkenalan, suspek telah meminta bantuan kewangan, mendakwa untuk membiayai kos perubatan ibunya.

"Wanita itu turut mengancam untuk memutuskan hubungan sekiranya mangsa gagal melaksanakannya.

"Akibat terpedaya dengan pujuk rayu suspek, mangsa membuat 16 kali pemindahan wang secara dalam talian ke akaun atas nama suspek antara 25 Ogos dan 16 November 2024," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Raub berkata, mangsa kemudian meminta untuk berjumpa dengan suspek dan keluarganya, tetapi suspek memberikan pelbagai alasan untuk mengelakan bertemu dengan mangsa.

"Akhinyr mangsa membuat carian di laman Google dan mendapati gambar profil WeChat yang digunakan mangsa adalah milik seorang pelakon terkenal dari Hong Kong," tambahnya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain