suria

Tragis! Kereta hilang kawalan, masuk laluan bertentangan... Kemalangan libat 5 mangsa

Keadaan di lokasi nahas yang meragut nyawa pasangan suami isteri.

PASANGAN suami isteri maut dalam kemalangan jalan raya melibatkan tiga kenderaan di Jalan Seremban-Kuala Pilah.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, insiden berlaku sekitar pukul 6.45 petang pada Ahad.

Kedua-dua mangsa berada dalam lingkungan umur 50-an.

"Kemalangan berlaku apabila sebuah kereta yang menuju ke Kuala Pilah hilang kawalan, ia dipandu oleh seorang lelaki berusia 22 tahun.

"Kereta berkenaan terbabas dan merempuh dua kenderaan dari arah bertentangan," katanya.

Tambah Mohamad Hatta, seorang mangsa wanita di kerusi penumpang hadapan maut di tempat kejadian, manakala suaminya meninggal dunia di hospital akibat kecederaan parah.

Sementara itu, pemandu berumur 22 tahun terbabit patah kedua-dua belah kaki dalam kemalangan.

Pemandu dan penumpang di dalam kereta ketiga pula hanya mengalami kecederaan ringan. - The Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain