suria

Kanak-kanak dikhuatiri lemas ketika cuba ambil selipar dalam longkang

Risiko lemas boleh berlaku pada musim hujan ini. -Gambar hiasan

SEORANG kanak-kanak berusia sembilan tahun dikhuatiri lemas selepas cuba mengambil seliparnya yang terjatuh ke dalam longkang di Taman Kota Jaya, Kota Tinggi, Johor.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusof Othman berkata, insiden berlaku pada Isnin sekitar pukul 3 petang ketika hujan lebat.

"Pada ketika itu paras air di dalam longkang adalah dalam dan deras. Operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan dengan bantuan pasukan bomba.

"Mangsa dipercayai terjatuh ke dalam longkang ketika cuba mengambil seliparnya yang berada di dalam saliran air tersebut," katanya menerusi satu kenyataan.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor berkata kenyataan akan dikeluarkan kemudian memandangkan operasi masih berjalan setakat ini. - The Star

Artikel Lain