suria

Selangor batal sambutan Aidilfitri, menu raya diagihkan ke PPS, rumah anak yatim

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mengumumkan pembatalan Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2025 yang dijadualkan berlangsung esok.

BAGI menghormati mangsa yang terlibat dengan insiden kebakaran saluran paip gas di Putra Heights, kerajaan Selangor membatalkan Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2025 yang dijadualkan berlangsung esok (Ahad).

Menerusi satu hantaran di Facebook, Menteri Besarnya, Datuk Seri Amirudin Shari berkata keputusan berkenaan mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah serta persetujuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

ARTIKEL BERKAITAN: Penduduk panik api marak menjulang, saluran paip gas utama terbakar

"Segala persiapan seperti makanan akan disalurkan kepada Pusat Pemindahan Sementara (PPS), rumah anak-anak yatim, sekolah berasrama serta petugas keselamatan.

"Mewakili seluruh warga Kerajaan Negeri, saya memohon maaf di atas segala kesulitan yang timbul susulan pembatalan ini demi menghormati mangsa dan keluarga yang terlibat dengan insiden di Putra Heights," tulisnya.

Pada Selasa lalu, negara digemparkan dengan tragedi kebakaran saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights yang berlaku kira-kira pukul 8.10 pagi.

PETRONAS Gas Berhad (PGB) dalam satu kenyataan kemudiannya mengesahkan berlaku kebakaran di saluran paip utama di lokasi itu.

Ratusan mangsa terpaksa ditempatkan di PPS susulan kediaman mereka musnah teruk akibat tragedi berkenaan.

Artikel Lain