suria

Dewi kini milik Jofliam… Usahawan piza kahwin lagi lepas lebih 5 bulan menduda

Jofliam dan Dewi melangsungkan pernikahan pada Sabtu. Foto IG munstara.event / nnykml_

USAHAWAN dan pempengaruh media sosial, Jofliam menamatkan zaman duda dengan wanita pilihannya, Dewi atau nama sebenarnya Emira Delyati pada Sabtu.

Bekas suami kepada pempengaruh, Cik Epal itu kelihatan segak dalam persalinan baju Melayu dan samping warna putih.

"Alhamdulillah, tahniah Jofliam," demikian ucapan pada salah satu gambar yang dikongsikan menerusi Instagram story perancang perkahwinan @Munstara.Event.

Jofliam (kanan) segak berbaju Melayu putih. Foto IG munstara.event

Menerusi gambar berasingan, kelihatan Dewi yang juga dalam persalinan rona putih mencium tangan Jofliam.

"Jofliam love E," menurut kapsyen pada hantaran tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Jofliam bahagia dilamun cinta, bakal nikah dalam masa terdekat... Nafi bersekedudukan dengan Dewi

ARTIKEL BERKAITAN: Jofliam ceraikan Cik Epal... Jodoh berakhir selepas 10 tahun bersama

Bagaimanapun buat masa ini tiada maklumat terperinci tentang hari bahagia pasangan pengantin berkenaan.

Jofliam turut berkongsi momen menjelang pernikahannya pada Sabtu di akaun Instagram miliknya.

Pada Januari lalu, Jofliam mengesahkan sedang dilamun cinta dan merancang mendirikan rumah tangga bersama Dewi.

"Saya sedang bercinta dan sedang bahagia. Saya akan bernikah. Jadi ada piza percuma untuk semua," tulisnya menerusi akaun Instagramnya sebelum ini.

Untuk rekod, Jofliam dan Cik Epal mendirikan rumah tangga pada 1 Jun 2014 sebelum berpisah pada 9 Oktober tahun lalu selepas sedekad bersama.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Han dan Yuki.

Artikel Lain