PETALING JAYA: Tindakan seorang lelaki dipercayai pelajar sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) memuat naik foto 'pre-convo' di dalam sungai ternyata mengundang kecaman netizen. Foto yang diambil dari Instagram pelajar tersebut dimuat naik semula ke laman Twitter oleh seorang invididu sehingga menerima 8,000 ulang kicau (Retweet). "Bukan nak kecam dik. Cuma jubah konvo ni bukan murah. Beratus-ratus harganya. Kita hantar dobi dan simpan elok-elok untuk make sure tenunan dan warnanya tetap cantik untuk dipakai oleh graduan akan datang. "Jangan lah pakai pegi mandi sungai lagi ya! Sian jubah tu," tulis @FaizalKamsani sambil menyertakan dua foto pelajar tersebut. Menerusi dua foto yang dikongsi, pelajar berkenaan memakai jubah konvoksyen dengan mortar board, dipercayai dipinjam untuk majlis graduasinya. Perkongsian semula oleh pemuda ini menerima 8,000 ulang kicau. Dia dilihat memakai pakaian rasmi itu sambil duduk di atas batu air terjun dalam keadaan basah kuyup. Identiti pelajar itu bagaimanapun gagal dikenal pasti kerana wajah serta nama Instagram miliknya ditutup. Foto itu menimbulkan kemarahan ramai dan rata-rata netizen menyifatkan perlakuannya seolah-olah tidak menghormati pakaian tersebut. Tindakan pelajat tersebut turut dikaitkan dengan video terjunan sambil memakai jubah oleh Pandalela, baru-baru ini. Lebih teruk, ada netizen yang turut mengaitkan tindakan itu dengan video ratu terjun negara, Pandalela Rinong yang terjun ke dalam kolam sambil memakai jubah konvokesyen, Oktober lalu. Malah, segelintir netizen turut bertindak melampau apabila melemparkan kata-kata kesat buat pemuda tersebut. "Jubah dah la mahal. Caption boleh pulak kata don't kecam . Lain la kalau pakai tshirt bundle nak mandi lumpur pun takde sapa nak kecam," tulis @stfu_aryana. "Jika anda fikir orang yang bijak sahaja dapat konvo, anda silap. Orang bebal pun dapat konvo," tulis @NYQB10. "Padan la orang susah nak amek fresh grad bekerja. sebab ni la, bo**h yang amat. Tak boleh bncang lagi dah dia punya bo**h tu," tulis seorang lagi netizen. View this post on Instagram First and last dive wearing my graduation robe. #celebration #happy #weekendishere #instagreat #studentathletelife #diver A post shared by ????????? ?????? (@pandelela) on Oct 27, 2018 at 1:13am PDT