PETALING JAYA: Sebuah video tular menunjukkan sebuah lori memandu secara berbahaya dan melawan arus di sebuah lebuh raya membawa kepada penahanan pemandu terbabit. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintenden Azman Shari’at berkata, mereka mengetahui tentang kejadian itu melalui laporan polis dan video yang tular tersebut. Menurut Azman, laporan tersebut dibuat oleh seorang pemandu yang berada di Tanjung Dua Belas di Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE) ketika dia menyedari lori berkenaan memandu secara melawan arus. "Pengadu berjaya mengelak lori tersebut. Polis turut menerima maklumat daripada media sosial yang menunjukkan rakaman berdurasi satu minit 11 saat yang merakamkan kejadian tersebut. "Susulan maklumat yang berjaya dikumpu, pasukan polis telah dihantar untuk menahan pemandu tersebut di kawasan rehat anjung Dua Belas," katanya ketika dihubungi The Star pada Jumaat. Suspek berusi 59 tahun itu akan direman sehingga Sabtu dan ujian darah serta air kencing akan dilakukan. - The Star