INGATKAN semuanya sudah dihapuskan sampai licin, sebaliknya rumah sewa yang tular kerana tempat tidur dikerumuni lipas masih didatangi haiwan perosak itu. Memasuki hari ketiga selepas masalah rakan serumah yang pengotor itu mencetuskan kekecohan di media sosial, salah seorang penghuni mengemaskini situasi terbaharu mengenai ‘tetamu tidak diundang’ itu. “Hari ini adalah hari ketiga situasi, ketika ini, lipas masih lagi ada di mana-mana. Semua perabot terpaksa dibuang kerana tiada guna untuk dipakai lagi. “Ejen (rumah sewa) beritahu kami esok (Khamis) pengendali kawalan mahkluk perosak akan datang dan menggunakan bahan-bahan yang lebih berkesan untuk membersihkan keseluruhan rumah,” katanya menerusi perkongsian di halaman Facebook, Nobu Wewe pada malam Rabu. Memasuki hari ketiga pada Rabu, rumah masih terdapat lipas. Foto Nobu Wewe Kata Nobu, proses semburan itu mungkin berbau busuk memenuhi segenap ruang di dalam rumah untuk masa yang lama, sekurang-kurangnya beberapa jam. “Tiada pilihan lain tetapi ada perkembangan. Terima kasih kepada ejen dalam menangani masalah ini secepat mungkin. Sama-sama kita harap untuk sesuatu yang lebih baik. “Anda semua, sila ambil perkara ini secara serius, kesannya mengambil masa tiga hari dan masih berterusan, sekarang anda faham betapa ia menyusahkan orang lain,” katanya yang memuat naik beberapa gambar keadaan bilik ‘ternakan lipas’ itu yang kini telah dikosongkan tanpa perabot, tetapi lantainya masih mempunyai kesan kotor. ARTIKEL BERKAITAN: "Beri saya peluang move on" - Penghuni minta maaf 'ternak' lipas, takutkan rakan serumah Bahagian lain di dalam rumah yang masih terdapat lipas. Seorang lagi penyewa yang dikenali sebagai Micho Teh memberitahu mStar Online bahawa insiden berlaku di rumah sewa mereka di Bandar Sunway di Petaling Jaya, Selangor. Dia yang menyewa bersama dua rakannya menjelaskan bahawa penghuni yang menginap di bilik dikatakan berpuncanya pembiakan lipas itu bukan rakannya, tetapi sekadar penyewa lain di rumah tersebut. “Saya dan Issabelle hanya tinggal serumah, kami bukan kawan dan tidak berbual bersama. Saya sendiri tidak tahu berapa lama dia tinggal di rumah ni,” katanya menerusi mesej secara peribadi di Facebook tetapi enggan mengulas lanjut. Bilik dikosongkan tanpa perabot. Foto Facebook Nobu Wewe Menerusi posting terbaharu Issabelle di halaman Facebooknya pada malam Khamis, gadis itu mengingatkan dirinya untuk tidak membuat kesilapan lagi. “Semalam saya buat silap, kemudian saya perbetulkannya hari ini dan memberi peringatan kepada diri sendiri untuk tidak membuat silap lagi. “Saya diberitahu ia tidak pernah terlambat untuk memperbetulkan semula. Saya berharap begitu,” katanya. Keadaan sebuah bilik yang bersepah sehingga menghantui penyewa-penyewa lain. Namun, apa yang menarik perhatian apabila Issabelle memuat naik gambar resit daripada sebuah syarikat perunding psikologi di Bangsar South, Kuala Lumpur, dipercayai untuk mendapatkan khidmat pakar. “Saya bertemu dengan pakar hari ini, untuk membantu saya. (Bukan sekadar membayar wang dan minta maaf). Satu demi satu, saya cuba untuk memperbetulkan keadaan,” ujar Issabelle tanpa menjelaskan masalah yang dihadapinya untuk berjumpa pakar, sambil menambah bahawa dia akan berdiam diri daripada mana-mana media sosial selepas ini sehingga pulih. Resit yang menunjukkan Issabelle bertemu dengan pakar di syarikat perunding pakar psikologi pada Rabu. Mimpi ngeri sekumpulan penyewa sejak dua bulan lalu apabila rumah mereka semakin banyak didatangi lipas, terutama di tingkat atas. Misteri dibanjiri lipas itu terbongkar selepas bilik seorang penghuni yang tidak terurus dan dipenuhi sampah-sarap, sekali gus menjadi sarang pembiakan lipas. Issabelle, penyewa yang dimaksudkan tampil membuat permohonan maaf dan mengakui kesilapannya di atas kejadian yang berlaku, serta telah menyelesaikan isu berkenaan bersama ejen rumah sewa. Namun, apa yang menarik perhatian apabila Issabelle memuat naik gambar resit bertarikh 9 Januari 2019 daripada sebuah syarikat perunding psikologi di Bangsar South, Kuala Lumpur, dipercayai untuk mendapatkan khidmat pakar. Namun, apa yang menarik perhatian apabila Issabelle memuat naik gambar resit bertarikh 9 Januari 2019 daripada sebuah syarikat perunding psikologi di Bangsar South, Kuala Lumpur, dipercayai untuk mendapatkan khidmat pakar. Bilik yang dikatakan menjadi punca pembiakan lipas telah dikosongkan tanpa perabot. Bilik yang dikatakan menjadi punca pembiakan lipas telah dikosongkan tanpa perabot.