suria

Gelagat sang monyet larikan telefon bekas finalis Dewi Remaja ketika live IG cuit hati netizen

MENGHIBURKAN, begitulah komen rata-rata netizen apabila seekor monyet melarikan telefon pemiliknya yang sedang membuat siaran live Instagram, minggu lalu.

Video berkenaan menjadi tular apabila ia turut dimuat naik ke laman Twitter oleh seorang individu sehingga menerima lebih 23,000 ulang kicau (Retweet).

Pemilik monyet itu yang juga bekas finalis Dewi Remaja 2018, Fazreen Fazera berkata, ia bukanlah kali pertama kejadian seumpamanya berlaku.


“Petang tu dalam pukul 6.30, saya bawa dia keluar rumah. Buat live sambil main-main dengan monyet.

“Dalam video tu pun saya ada sebut, kalau letak telefon kat bawah ni, mesti dia ambil.

“Tak sangka dia betul-betul bawa lari, dalam 10 minit juga kejar dia,” kata Faz sewaktu dihubungi mStar Online, Sabtu.

Menurutnya lagi, monyet bernama Elsa itu pernah melarikan telefon bimbit miliknya dan ia dicampak ke dalam longkang, dalam kejadian sebelum ini.

Gelagat manja Elsa bersama Faz.

Namun ujar gadis berusia 21 tahun itu, dia sudah terbiasa dengan sifat nakal haiwan tersebut, apatah lagi ia sudah dibela selama empat tahun.

Tambahnya lagi, dia juga tidak menyangka video berkenaan akan tular dan menarik perhatian ramai.

“Bagi Faz, ia perkara biasa. Sebab Elsa memang nakal, macam budak-budak. Kalau marah, dia merajuk.

“Pernah sebelum ni Faz marah dia, hampir sebulan dia merajuk. Bagi makan tak nak, ajak keluar pun tak nak,” katanya lagi.

Tambahnya, Elsa dibeli oleh pelakon Mas Khan yang juga kenalannya dan ia kini berada di bawah jagaan Faz sepenuhnya.Selain monyet dan kucing, Faz yang mengakui dirinya pencinta haiwan juga  pernah membela burung hantu dan ular.

Mengulas mengenai kerjayanya, Faz yang tersingkir di minggu ke-6 Dewi Remaja berkata, dia mahu menimba ilmu lakonan dan fokus dalam cabang seni itu.

Namun katanya, dia juga tidak menolak seandainya diberi peluang untuk bergelar pengacara, suatu hari nanti.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
Monyet, elsa

Artikel Lain