suria

PUBG saksi cinta pasangan ini, tapi siapa sangka sampai sekarang belum pernah 'dating' di alam realiti

SEORANG tinggal di Perak, manakala teman lelakinya pula di Sabah, begitu keadaan hubungan cinta jarak jauh yang terpaksa dilalui pasangan kekasih ini.

Walaupun dipisahkan dengan jarak ribuan kilometer, ia bukan penghalang hubungan cinta mereka apabila kedua-duanya sering bertemu secara maya.

Bukan menggunakan kaedah panggilan video, Skype atau Facetime tetapi menerusi permainan tembak-menembak, PlayerUnknown's Battlegrounds atau PUBG Mobile.

Menurut Dira Sofia, itulah medium yang dia dan pasangannya yang dikenali sebagai Ckboo gunakan sejak beberapa bulan lalu.

Paparan skrin perkongsian Dira di Twitter.

“Kami masing-masing duduk jauh, nak jumpa bukan senang. Jadi inilah sahaja cara kami nak lepas rindu… dating di dalam PUBG.

“Biasanya kami akan dating di hujung minggu kerana masing-masing bekerja. Hari-hari biasa tu kami akan berhubung menggunakan WhatsApp,” katanya kepada mStar Online.

Jelas gadis berusia 20 tahun itu, mereka selesa menggunakan kaedah tersebut kerana permainan itu amat menyeronokkan.

“Dalam game ini ada peta nama Zharki, dekat hujung sekali, ada banyak tempat menarik untuk dating. Ada daun berguguran lepas tu ada lagu di tempat perkelahan.

“Di situ kami boleh berkomunikasi, jadi boleh kata macam betul-betul dating. Lagipun dua-dua sekepala dan ada minat yang sama. Jadi kami selesa dengan cara ini,” katanya.

Dira.

Menariknya, Dira berkata dia dipertemukan dengan teman lelakinya itu menerusi permainan tersebut.

“Sebenarnya kekasih saya dah lama stalk saya kat PUBG. Kami main team seperti biasa dan dia tak pernah buka voice.

“Dia selalu bantu saya dalam game tu, lama-kelamaan timbul perasaan suka tanpa sengaja. Lepas tu barulah dia confess suka dekat saya,” katanya.

Berbeza dengan pasangan lain, Dira berkata dia dan kekasihnya itu belum pernah bertemu secara nyata.

“Kami belum berkesempatan bertemu secara real. Dia approach saya guna PUBG dan kami bercinta juga disebabkan permainan ini.

“Sejak dari itu kami hanya bertemu di alam maya. Tapi dia adalah tunjuk gambar dan ibu bapa dia pun kenal saya,” katanya.

PUBG, antara permainan paling popular pada masa kini.

Kata Dira lagi, mereka ada merancang mahu bertemu buat pertama kali secara nyata dalam masa terdekat.

“Takkan nak bercinta secara maya saja… sudah tentu kami ada plan nak jumpa selepas ini. Insya-Allah,” katanya yang diperkenalkan dengan permainan ini oleh rakan-rakan.

Tweet kisah percintaan unik pasangan ini dikongsi Dira menjadi tular sehingga menerima lebih 6,000 ulang kicau (retweet).

Selain komputer, permainan PUBG juga boleh dimainkan menerusi telefon pintar (Android dan iOS), XBox dan PlayStation.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
PUBG, Dira, Ckboo

Artikel Lain