suria

Nenek jual buah tertidur tunggu pelanggan, netizen sebak mahu bantu

Foto penjual buah warga emas ini tular di laman Twitter.

KISAH penjual buah warga emas yang tertidur beralaskan lengan di meja jualannya ternyata meruntun hati netizen.

Menerusi satu posting viral di laman Twitter yang dimuat naik pada Khamis, foto wanita berusia itu menjadi tular sehingga menerima hampir 10,000 ulang kicau (Retweet).

"Korang kalau lalu Marang tu (area Pulau Kerengga), pergi lah cari gerai buah nenek ni.

"Kesian sangat dia, tadi lalu nampak nenek ni tertidur dekat meja dia tunggu customer," tulis pengendali akaun itu.

Malah, dia turut memuat naik empat keping foto wanita itu yang kelihatan menjual buah-buahan seperti buah naga, tembikai dan tembikai susu.

Lebih pilu, wanita itu turut bercerita mengenai buah-buahan serta beg plastik miliknya yang dicuri sebelum ini.

Ramai netizen menyuarakan rasa sayu mereka terhadap peniaga ini.

Menerusi paparan skrin yang dimuat naik dalam siri tweet itu, gerai milik wanita itu terletak di tepi jalan bersebelahan Bengkel Pemulihan Kebajikan Marang, Terengganu.

Dalam pada itu, rata-rata netizen turut meluahkan rasa simpati mereka terhadap nasib warga emas itu.

"Ya Allah sedihnya, sepatutnya umur macam makcik ni dah kena rehat je dekat rumah. Semoga makcik dimurahkan rezeki dan sentiasa sihat Amin," tulis @Aryanabawal.

"Ni ada tempat berteduh tak gerai dia kalau hujan macam manaaa???? Yang tergamak nak mencuri tu kenapa bo**h sangat buli opah ni. Tolong lah jangan ada bargain price!!," tulis @MatNoIsmail pula.

"Sedapnya buah, ni kalau dekat aku dah pergi tolong opah ni kerja, dia takyah kerja, nanti aku bagi duit," tulis seorang lagi pelayar Twitter.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
nenek, penjual buah, sebak

Artikel Lain