SIAPA yang tidak berang sekiranya terpaksa mengeluarkan wang untuk perkhidmatan yang tidak memuaskan hati? Begitulah yang berlaku ke atas seorang wanita apabila teksi yang dinaikinya dipenuhi dengan sampah. Lebih parah, dia juga mendakwa terpaksa berdepan dengan sikap kurang ajar pemandu teksi berkenaan dalam kejadian yang berlaku pada pagi Selasa di Sri Pernama, Bandar Sri Permaisuri, Kuala Lumpur. ARTIKEL BERKAITAN: Pemandu teksi dedah hanya 'berlakon' takut nampak hantu, alasannya... ARTIKEL BERKAITAN: Rakan serumah bingung lipas tak mau lari, penyewa pengotor jumpa pakar psikologi! ARTIKEL BERKAITAN: "Beri saya peluang move on" - Penghuni minta maaf 'ternak' lipas, takutkan rakan serumah Menerusi perkongsian posting di laman Facebooknya, Siti Hajar Azmi berkata, dia sudah pun membuat laporan kepada pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) berhubung hal itu. "Assalamualaikum dan salam sejahtera. Mohon berhati-hati jika anda ingin menaiki teksi. Terutama teksi HWE***0. "Teksi yang sangat kotor dan driver yang rude. Saya telah pun membuat aduan di Hotline SPAD dan isu ini akan diserahkan pada pihak JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan) untuk tindakan lanjut," tulisnya di laman sosial itu. Keadaan dalam teksi berkenaan. Posting berkenaan sehingga kini dikongsi hampir 100 pelayar Facebook. Selain itu, Siti Hajar turut memuat naik beberapa foto keadaan di dalam teksi berkenaan yang dipenuhi sampah sarap termasuklah plastik dan botol minuman. Suruh bayar RM3 sebab dah buka teksi dia. Kalau tak bayar RM3 tu dia nak bawa lari beg aku. Disebabkan nak cepat aku pun naik je SITI HAJAR AZMI Penumpang teksi Menerusi paparan skrin yang dimuat naik, Siti Hajar turut memperincikan kejadian yang berlaku ke atas dirinya. "Selalu aku akan pergi kerja naik motor je turun di LRT Salak Selatan. Tapi pagi ni terpaksa naik teksi sebab bawa beg. "Secara kebetulan teksi HWE***0 ni memang dah ada so aku naik je la. Suruh driver buka bonet sebab nak letak beg. Sekali dia buka satu bonet kereta tu penuh sampah sarap. "So aku tutup bonet dan letak beg dalam kereta. Dia pandang aku 'pahal tak letak belakang?' Aku cakap la dalam bonet banyak sampah. Dia tak puas hati keluar kereta buka bonet kereta ambil beg aku sumbat je dalam tu. "Dia cakap 'Bangla pun boleh muat tiga beg kau satu beg je.' Kau bayangkan beg baju kau dalam bonet penuh sampah weh," tulis wanita itu lagi. Paparan skrin perkongsian wanita itu di Facebook. Jelasnya lagi, dia turut menyuarakan hasrat untuk membatalkan perjalanan tersebut dan mahu memanggil Grab namun diugut supaya membayar RM3 jika tidak mahu beg miliknya dilarikan. "Suruh bayar RM3 sebab dah buka teksi dia. Kalau tak bayar RM3 tu dia nak bawa lari beg aku. Disebabkan nak cepat aku pun naik je," katanya lagi. Menurut Siti Hajar lagi, dia turut dimaki dengan kata-kata kesat sepanjang perjalanan itu. Tambahnya, dia cuba membuat rakaman namun gagal kerana pemandu berkenaan menguatkan bunyi radio dalam teksi itu.