“PANDANG kiri, pandang kanan tak ada apa yang nampak, cuma tiba-tiba bau busuk dan ditambah pula dengan bunyi ada sesuatu sedang mengunyah,” demikian kongsi Nazrin Nazhan. Mengimbas kembali insiden awal minggu lalu, pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Segamat, Johor itu memberitahu rumah sewa tiga biliknya telah dikunjungi ‘tetamu’ tak undang baru-baru ini. Jelasnya, ketika itu, hanya ada dia bersama dua lagi rakan rumahnya yang masih tidur, manakala lima yang lain tiada di rumah. ARTIKEL BERKAITAN: Remaja Terkejut, Kucing Hilang Tiba-Tiba Muncul Selepas Lima Tahun ARTIKEL BERKAITAN: Tetamu tak diundang, wanita terkejut buaya datang ketuk pintu rumah “Pagi tu (1 Mei) saya memang bangun awal memandangkan salah seorang rakan serumah ingin ke Gunung Ledang. Saya ingat lepas dia keluar rumah, semua pintu depan sudah ditutup. Jadi saya lepak dalam bilik main game. “Tengah syok melayan game, tiba-tiba hidung saya terbau busuk sangat. Lepas tu bunyi macam ada yang sedang mengunyah. Saya intai tengok sekeliling dalam bilik, tak ada apa yang pelik. Jadi saya teruskan je main game,” beritahu pelajar berusia 20 tahun ini kepada mStar. Jelas pelajar jurusan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Perbankan Islam) itu, selepas tidak tahan bau busuk dia terus bangun dari katilnya. Pelajar yang dikenali sebagai Zainol terpaksa mengangkat anjing tersebut selepas ia enggan keluar dari biliknya. "Saya terkejut apabila ternampak seekor anjing sedang tidur di tepi katil. Saya terus melompat dan cuba menghalaunya keluar tapi tak berjaya, kemudian saya cuba tolak anjing tu menggunakan penyangkut baju, ia langsung tak bergerak sebab berat. "Muka anjing tu relaks saja ketika saya halau. Ia bangun dan dengan selamba masuk ke bilik satu lagi. Member bilik tu ada dua orang, langsung tak perasan pada mulanya. Namun sebaik sahaja nampak, mereka terus jerit terkejut. "Anjing tu dengan selambanya naik atas tilamnya dan terus tidur. Kesian juga tengok macam penat sangat, tambah pula kepalanya macam cedera," kata Nazrin. Kami tarik keluar tilam yang anjing tu duduk, tapi sampai sahaja di ruang tamu, ia bangun dan masuk semula ke bilik. Kali ini masuk bilik dan terus tidur. Kawan serumah, Zainol akhirnya terpaksa mengangkatnya keluar dari rumah. NAZRIN NAZHAN ok ni last...sorry part ni aku takleh move on hahahaha...susah btol nak pujuk mmber pegi kelas? pic.twitter.com/YV7rjt2tYb — Choq Brockoley (@HFizeen) May 2, 2019 Selepas beberapa cara untuk keluarkan anjing dari rumah itu gagal, akhirnya rakan serumah terpaksa menggunakan cara terakhir. "Kami tarik keluar tilam yang anjing tu duduk, tapi sampai sahaja di ruang tamu, ia bangun dan masuk semula ke bilik. "Kali ini masuk bilik dan terus tidur. Kawan serumah, Zainol akhirnya terpaksa mengangkatnya keluar dari rumah. Selepas itu kami terus tutup pintu dan anjing tu pun beredar,” katanya. Kisah tetamu tak diundang itu dimuatnaik di Twitter dan mendapat lebih 30,000 ulang kicau serta pelbagai reaksi daripada netizen. Selepas 'tetamu' itu keluar rumah, Nazrin dan kawan-kawannya terus memulakan kerja-kerja membersih rumah. "Satu hari kami terpaksa menyertu rumah dan semua benda yang terkenanya. Sebenarnya kawasan ini jarang ada anjing. Cuma seekor itu sahaja yang pernah kami nampak. "Sesekali ada juga kami bagi makan sebab kesian tengok. Cuma tak sangka pula dia masuk ingin tumpang tidur. Selepas insiden tu memang kami lebih berwasapada, pintu rumah dan pagar sentiasa ditutup," katanya.