KALAU dah namanya sahabat, mereka pastinya akan menjadi orang paling awal menghulurkan tangan saat kawan baiknya ditimpa kesusahan. Itulah pengajaran yang boleh disimpulkan jika menonton satu video tular yang dimuat naik ke laman Instagram oleh Muhammad Shah Raziq Mohd Salleh sehingga mencuri tumpuan ramai. Mesra disapa Raziq, pelajar berusia 17 tahun itu dirakam sedang menunggang sebuah motosikal. ARTIKEL BERKAITAN: 'Plan' tak menjadi! Suami tertinggal motosikal isteri selepas meragut, 'takut bini marah' tebal muka serah diri ARTIKLE BERKAITAN: Menggelabah sendirian tengok 'scene' tak senonoh, wanita akui mencarut sebab panik Apa yang menarik perhatian, dia turut dibonceng seorang lagi rakannya yang memegang sebuah motosikal lain. Jangan terkejut, tapi itulah yang berlaku apabila mereka mengangkat sebuah motosikal ke atas motosikal milik Raziq dalam perjalanan pulang dari Port Dickson, Negeri Sembilan ke Melaka pada Rabu lalu. "Sebenarnya motor kawan rosak, tayar bocor. Semua kedai tutup masa tu. Nak tolak motor dengan kaki pun tak boleh. "Jadi kami angkut naik atas motor saya. Kawan duduk belakang sambil pegang motor dia. Ada dua kawan yang tolong angkat masa tu. "Tayar motor dia bocor dalam pukul 5 petang, tiub tayar ekstra pun dia tak bawa," ujarnya sewaktu dihubungi mStar pada Ahad. Ramai orang naik motor, kereta tengok kami. Ada yang rakam. Pukul 9 malam baru sampai Melaka. Memang penat dan sakit badan. Kawan saya tu pun terharu, dia cakap terima kasih sudi tolong dia MUHAMMAD SHAH RAZIQ MOHD SALLEH Pada hari kejadian, Raziq dan rakan-rakannya berkonvoi sempena cuti Hari Buruh ke pantai peranginan Port Dickson. Mereka berkumpul di sana setelah datang dengan konvoi motosikal untuk mandi-manda, makan dan lepak beramai-ramai di destinasi pelancongan itu. Mengulas kejadian itu, perjalanan pulang mereka ke Melaka turut menarik perhatian ramai pengguna jalan raya. Menurut Raziq, perjalanan pulang mereka ke Melaka turut menarik perhatian ramai pengguna jalan raya yang terpegun dengan aksi itu. "Ramai orang naik motor, kereta tengok kami. Ada yang rakam, pukul 9 malam baru sampai Melaka. "Memang penat dan sakit badan. Kawan saya tu pun terharu, dia cakap terima kasih sudi tolong dia," kata Raziq lagi. Dalam pada itu, Raziq juga tidak melatah dengan beberapa komen netizen yang menyifatkan perbuatan itu sebagai sesuatu yang berbahaya. Malah, ramai juga yang turut memuji semangat setia kawan antara Raziq dan sahabatnya yang disifatkan seperti BFF (best friend forever) kerana sanggup membantu biarpun ia berisiko. Rakaman berkenaan yang dimuat naik ke Instagram milik Raziq sehingga kini menerima lebih 7,000 tontonan.