SERIK dipertemukan dengan lelaki miang di aplikasi Tinder, seorang gadis beralih ke platform Twitter dalam usahanya mencari jodoh secara atas talian. Lantaran itu, Shazzrina Mohamad Ali ‘mengiklankan’ dirinya sedang mencari jodoh menerusi satu hantaran di aplikasi media sosial itu baru-baru ini. Posting tersebut mencuri tumpuan netizen apabila menerima hampir 2,000 ulang kicau (Retweet). ARTIKEL BERKAITAN: Asalkan jumpa jodoh, gadis abai persepsi Tinder lubuk 'orang gatal', "kalau cara betul, dapatlah yang baik" ARTIKEL BERKAITAN: Seorang suka tweet merepek, seorang lagi suka 'layan' baca je... akhirnya bersatu di pelamin! Menurut Shazzrina atau lebih mesra disapa Shazz, hantaran di Twitternya itu bukanlah satu gurauan. “Ya, saya memang serius nak cari jodoh sebab dah lima tahun single. Dulu pernah bercinta tetapi akhirnya ditinggalkan. Hantaran Shazz di Twitternya pada Jumaat lalu mendapat perhatian netizen. “Jadi sesiapa yang berminat atau nak mencuba nasib bolehlah send resume dekat DM (Direct Message) untuk dipertimbangkan,” katanya ketika dihubungi mStar. Jelas gadis berusia 24 tahun itu, sepanjang tempoh single itu dia pernah berkenalan dengan beberapa lelaki di aplikasi Tinder tetapi belum dipertemukan jodoh sesuai. “Sebelum ini saya pernah cuba aplikasi Tinder tapi saya dapat lelaki yang tidak senonoh. Semua otak kuning. “Ada juga orang cadangkan pada saya untuk cuba (aplikasi) Baitul Jannah. Saya dah sign up tapi entah macam blur pula sebab tak reti guna,” katanya. Justeru, anak bongsu daripada tiga beradik ini memilih Twitter sebagai jalan terakhir untuk mencari jodoh. “Saya tekad nak cari di Twitter sebab ibu bapa saya dah tanya bila saya nak ada pakwe. Lagipun saya anak bongsu dan semua kakak saya dah kahwin “Ada juga mak cik-mak cik saya tanya bila nak kahwin, dah ada pakwe belum, bila turn saya nak kahwin dan macam-macam soalan lagi, saya jadi rimas. “Jadi tak nak keluarga saya risau lagi-lagi mak saya, saya buat keputusan untuk tweet seakan-akan promote diri sendiri,” katanya. Shazz bersama kedua ibu bapanya. Foto ihsan Shazzrina. Ditanya mengenai ciri-ciri lelaki idamannya, bekas mahasiswi di sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) itu mahukan lelaki yang sempurna dan baik untuk dijadikan suami. “Setiap perempuan mempunyai cita rasa tersendiri. Tapi bagi saya, solat lima waktu paling utama. Rupa saya tak memilih sangat, cukuplah manis bila dipandang. “Lelaki tu kena tinggi dari saya. Kulit sawo matang. Kalau boleh yang tak merokok sebab dalam family saya semua tak hisap rokok termasuk abang-abang ipar. Setiap perempuan mempunyai cita rasa tersendiri. Tapi bagi saya, solat lima waktu paling utama. Rupa saya tak memilih sangat, cukuplah manis bila dipandang. SHAZZRINA MOHAMAD ALI “Jadi mak saya nak bakal menantu seorang lagi tidak merokok. Itu memang bonus untuk saya,” katanya yang mahu bakal suaminya itu nanti menghormati keluarga dan menerima kekurangan dirinya. Dalam pada itu, dia turut mengimpikan seorang lelaki yang berani. “Berani maksudnya tak takut katak, lipas, cicak, tikus dan serangga lain. Kalaulah katak masuk rumah kami nanti dan dua-dua penakut takkan nak panggil jiran sebelah untuk halau. “Saya ni memang penakut. Kalau kat rumah pun mak ayahlah yang jadi hero halaukan bintang tu. Saya tak boleh tengok katak, boleh pengsan dan jadi aktif tiba-tiba, sanggup lari jauh-jauh,” katanya yang kini dalam proses menurunkan berat badan. Shazz dalam proses menurunkan berat badannya. Foto ihsan Shazzrina Tambah gadis berasal dari Pulau Indah, Pelabuhan Klang itu, dia sudah bersedia menerima kecaman netizen mengenai tindakannya itu. “Saya tak kisah orang nak cakap apa sebab ini mungkin cara terakhir saya cari jodoh. Lagipun bukan saya terus grab seorang dan terus kahwin. “Kena ada sesi perkenalan dulu, berkawan dan kenali hati budi masing-masing. Bila ada jodoh dan sesuai barulah pergi langkah seterusnya,” kata Shazz lagi. Malah, dia juga terharu kerana menerima reaksi positif dalam kalangan netizen mengenai niatnya itu. “Alhamdulillah banyak dapat feedback positif berbanding negatif. Ramai cadangkan kawan-kawan, abang sendiri dan sepupu. “Saya tersenyum baca reply dari mereka. Rupanya ramai lagi lelaki yang single. Ada juga yang DM tapi saya just nak kawan-kawan dulu,” katanya.