"NAMPAKNYA bukan umat Islam sahaja yang teruja untuk menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadan, tetapi ada juga haiwan menunjukkan keterujaan yang sama. Itulah yang berlaku kepada kucing milik Nur Hidayah Kamsani, 27, selepas haiwan peliharaan kesayangan keluarganya itu berjaya memikat hati netizen menerusi video yang dimuat naik di laman Twitter pada awal Ramadan ini. Menerusi video berdurasi 10 saat itu, kucing comel yang dinamakan Kecik itu dilihat spontan menggunakan tangan kanannya menjamah makanan bersama Nur Hidayah dan keluarganya yang ketika itu sedang bersahur. ARTIKEL BERKAITAN: “Mereka macam lebihkan Anyau dalam segala perkara” - Anak cemburu, mak ayah rapat dengan kucing 'rajin’ ARTIKEL BERKAITAN: Dulu benci, kini belai! Anak gembira bapa terima Moon dalam keluarga, setiap hari tanya 'dah makan ke belum' "Ini kali pertama Kecik berpuasa bersama kami sekeluarga sebab sebelum ini 'dia' tinggal dengan kakak. Sekarang kakak saya dah tinggal bersama kami sekeluarga. Kecik yang berusia 2 tahun menjadi kucing kesayangan Hidayah sekeluarga. "Ketika waktu sahur pertama, Kecik awal-awal pagi lagi dah bangun, mungkin nak makan bersama kami sekeluarga. Saya pun terus letakkan Friskies di lantai sebelah meja tapi 'dia' tak nak makan. Mula-mula pelik juga, jadi saya cuba letakkan mangkuk makanannya atas meja, terus 'dia' lompat dan makan. "Lebih terkejut lagi bila kami tengok Kecik makan guna tangan kanan. Apa lagi, kami semua terus ketawa melihat keletahnya," ujar Hidayah, warga Singapura dan bertugas sebagai jururawat di salah sebuah hospital di sana. Selain makan guna tangan, perangai Kecik sama sahaja macam kucing-kucing lain, cuma 'dia' hanya manja dengan kami sekeluarga, dengan orang luar 'dia' tak biasa. NUR HIDAYAH PEMILIK KUCING Melihat keletah lucu Kecik, Hidayah dengan pantas terus mencapai telefon bimbitnya dan merakam aksi kucing comel yang berusia dua tahun itu. Hidayah mengakui kelakuan si comel itu secara tidak langsung memeriahkan sambutan Ramadan untuk dirinya dan keluarga pada tahun ini. Kecik sangat manja dengan Hidayah. Menceritakan tentang kelakuan unik kucing milik keluarganya itu, Hidayah memberitahu itu bukan kali pertama Kecik makan menggunakan tangan kanannya. "Pernahlah satu atau dua kali saya ternampak dia makan dan minum menggunakan tangan kanannya tetapi saya tak sempat nak rakam. Kebetulan pula waktu sahur tu, telefon saya dah ada di sebelah. Tanpa teragak-agak, saya terus rakam kelakuan Kecik bersahur. "Selain makan guna tangan, perangai Kecik sama sahaja macam kucing-kucing lain, cuma 'dia' hanya manja dengan kami sekeluarga, dengan orang luar 'dia' tak biasa," kata anak bongsu daripada tiga beradik ini. Bagaimanapun, kisah Kecik bangun sahur tidak terhenti setakat itu sahaja kerana si bulus itu turut 'berpuasa' separuh hari. "Selepas bangun sahur, Kecik dah tak makan atau minum pada waktu pagi seperti kebiasaannya. Tapi menjelang tengah hari kami nampak 'dia' mula minum," katanya. Bebepara pengguna Twitter turut berkongsi gambar kucing mereka pada waktu sahur di ruangan komen Twitter. Dalam pada itu, perkongsian video yang dimuat naik Hidayah di Twitter sejak 5 Mei lalu mendapat kira-kira 440,000 tontonan dan 42,000 ulang kicau serta 29,000 tanda suka. Menurut Hidayah dia betul-betul tidak menyangka video itu akan tular. Rata-rata netizen terhibur melihat keletah comel kucing tersebut, malah ada yang turut berkongsi pengalaman dan aksi kucing masing-masing. "Nasib tak minta sudu garfu," komen salah seorang pengguna Twitter @zira1302. "Alahai comelnya. Dia pun nak sahur juga," kata @norazaurus. "Makan pakai tangan itu yang tak boleh nak brain itu. Alahai kucing," tulis @AngryPandaaaaa. View this post on Instagram Bagusnya join sahur. Make sure puasa penuh tau!!! ? #mstaronline #mstarkongsi #eemstar ?: Twitter @bbyprincxss A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) on May 8, 2019 at 10:02pm PDT