suria

“Remaja sekarang sudah ketagih 'dadah' media sosial”

Tindakan remaja yang membuli warga tua minggu lalu mendatangkan kemarahan seluruh masyarakat.

"ENTAH ajaran mana yang mereka ikuti atau contohi, ia perlu dihentikan," tegas Pengarah Pelatihan Anak Muda, Kem Ghafar Baba (KGB) Kemensah.

Zakaria Rahim tampil meluahkan rasa tidak puas hati dengan tindakan sekumpulan remaja yang membuli warga emas yang merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU) berusia 59 tahun, Mohd Mudakir Abdul Wahid.

Zakaria atau lebih mesra disapa Zack memberitahu, jiwanya amat meruntun apabila melihat video perlakuan anak-anak muda itu biadab dengan warga tua tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen geram mahu 'pijak' remaja buli warga tua... apa yang berlaku mengejutkan ramai

ARTIKEL BERKAITAN: Di sebalik video tular, ibu bapa panik lihat mangsa buli iras anak lelaki tunggal

"Kita pernah jadi remaja, tetapi tidak ada sedetik pun untuk bertindak biadab seperti itu terhadap orang tua. Saya amat risau dengan golongan remaja sekarang yang dilihat pendek akal.

Zack Rahim

"Mereka tidak fikir panjang kesan dan akibat tindakan mereka itu yang merakam dan memuat naik di media sosial. Saya boleh katakan kelakuan remaja-remaja ini adalah mewakili semua masalah sosial anak muda hari ini.

"Kalau zaman saya dulu masalah golongan muda tertumpu dengan gejala dadah dan ganja tetapi sekarang lain pula. Remaja sudah ketagih 'dadah media sosial'," jelasnya kepada mStar.

Zack yang merupakan bekas pengurus bola sepak Selangor  (2008-09) memberitahu, kejadian membuli dan memukul orang tua oleh anak muda amat tidak boleh diterima dan sangat biadap.

"Entah ajaran mana yang mereka ikuti atau contohi, ia perlu dihentikan. Tanggungjawab ibu bapa untuk memastikan anak-anak dididik dengan sempurna walau bodoh macam mana pun atau di kampung mana pun mereka tinggal.

"Akibatnya, nama ibu bapa juga yang pasti akan terpalit walau bapa seorang imam atau ibu seorang ketua kumpulan marhaban di kampung.

"Sebagai bapa, saya sendiri bimbang kerana mempunyai anak-anak yang bakal melalui tempoh remaja ini.

"Golongan remaja sekarang lebih 'advance' berbanding dahulu kerana semuanya di hujung jari. Apa sahaja yang mereka ingin ingin tengok, semuanya ada dalam telefon bimbit. Nak tengok mereka (golongan remaja) menonton TV... memang susah sekali," jelasnya. 

Video berdurasi lebih satu minit sekumpulan remaja lelaki membuli lelaki tua di Batu 7, Kampung Sijangkang minggu lalu menjadi tular sekali gus menimbulkan kemarahan orang ramai.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 5.30 petang pada 7 mei apabila Mohd Mudakir dibuli dengan diejek, menjatuhkan motosikal dan dibaling cebisan kotak kerana menegur empat orang remaja supaya menunaikan solat asar.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
Buli, orang tua, biadab

Artikel Lain