NAFSU makan keterlaluan di bulan Ramadan memang tidak boleh dipisahkan ketika menjalani ibadat puasa, lebih-lebih lagi di sana sini bazar menawarkan 1,001 jenis hidangan iftar. Jalan ke kiri, jalan ke kanan semua makanan dan minuman nampak menyelerakan. Kalau tak kuat iman, mahu dibeli semua yang ada! Namun jangan dilayan keinginan tekak di waktu siang itu kerana ada makanan yang indah ‘khabar dari rupa’. ARTIKEL BERKAITAN: Tinggalkan dompet, bawa RM20 sahaja... Lagi baik ke bazar Ramadan selepas berbuka, mungkin dapat free ARTIKEL BERKAITAN: Kalau ke bazar Ramadan, salah satu juadah 'wajib' ini pasti akan dibawa pulang... anda beli yang mana? Menurut seorang penggemar Roti John, yang hanya mahu dikenali Pitt, dia begitu kecewa apabila harga juadah itu dijual pada harga RM7 di sebuah bazar di sekitar Kuala Lumpur tetapi isinya hanya ada telur, sos dan mayonis semata-mata. Perkongsian yang dimuat naik Pitt minggu lalu. “Ingatkan ada inti daging atau ayam tetapi sangat kecewa. “Roti John memang dijangka rupa macam tu sebab sos banyak tetapi isinya ciput. Rasa telur yang lebih. “Saya memang penggemar Roti John. Bulan Ramadan paling mudah nak dapatkannya, cuma orang sekarang punya berniaga, lain macam,” kongsinya kepada mStar. Netizen turut berkongsi Roti John yang mempunyai isi penuh dan murah dijual di bazar Sungai Ramal. Jelas Pitt, dia memuat naik rasa kecewanya itu di Twitter dan tidak sangka ramai yang ulang kicau (retweet) dan memberi banyak komen. “Hanya roti campur telur, isi ada halus-halus, tambah sayur, letak sos berlambak, mayo berlambak, ‘add’ perkataan leleh. Harga RM7. “Kenapa ada orang boleh jual burger harga RM2, tapi Roti John sampai RM7?. “Bagi saya sangat mahal. Tetapi bukan semua peniaga Roti John jual macam tu, hanya segelintir yang tamak. “Saya percaya masih ada lagi peniaga yang jujur,” jelasnya yang tidak kisah mengeluarkan sejumlah wang untuk makanan yang berbaloi. Sebahagian daripada komen dan perkongsian daripada netizen. Perkongsian Pitt itu mendapat lebih 18,000 ulang kicau dan banyak cadangan lokasi untuk dapatkan Roti John lebih sedap dan berbaloi. Malahan, ada juga yang berkongsi pengalaman sama terkena dengan penjual yang tidak jujur.