suria

Kisah lampau 'pendakwah' didedah, ramai mahu tumbangkan akaun Instagram Awie MBR, “Buat sampai dia senyap”

Wujud gerakan di laman sosial untuk memboikot Awie MBR susulan pelbagai kontroversi serta dakwaan melibatkan dirinya. -fotoAZLINA ABDULLAH

KISAH mengenai personaliti media sosial, Awie MBR yang dikatakan memfitnah seorang gadis menjadi perdebatan hangat warga maya.

Menerusi pendedahan yang dibuat Izzati Moffet, Awie atau nama sebenarnya Mohammad Badrul Ridzuan Mohamad didakwa membuat fitnah kononnya dia telah murtad.

Akibatnya, Izzati mendakwa dia menjadi mangsa kebencian ramai serta dipulaukan rakan-rakan sehingga terpaksa berpindah ke sekolah lain.

ARTIKEL BERKAITAN: Kritik lakonan tak apa, kalau hal badan... bikin Awie MBR ‘panas’

Bagaimanapun, dalam perkembangan terbaharu, gadis itu memaklumkan menerusi laman Twitter bahawa dia sudah pun berdamai dengan Awie memandangkan kejadian itu berlaku sewaktu zaman persekolahan yang mana mereka belum lagi matang.

Bagaimanapun, pendedahan demi pendedahan yang dibuat di laman Twitter menimbulkan satu gerakan baharu untuk memboikot serta menumbangkan akaun Instagram Awie yang menggelarkan dirinya sebagai 'bukan pendakwah cuma pembuat parodi yang menyelitkan unsur dakwah'.

Carian di Twitter mengenai Awie MBR.

Disifatkan segelintir netizen sebagai penunggang agama, kebanyakan mereka turut meluahkan rasa kurang senang dengan kaedah dakwah yang dilakukan pemuda itu.

"Jika anda boleh tamatkan kerjaya James Charles (selebriti media sosial Amerika Syarikat) kenapa tak lakukan perkara sama ke atas Awie MBR yang menggunakan agama untuk kepentingan diri dan populariti?

"Buat sampai dia senyap. Dia merupakan contoh sebenar penunggang agama," tulis seorang pelayar Twitter sehingga menerima lebih 2,000 ulang kicau (Retweet).

Permohonan maaf yang dimuat naik oleh Awie terhadap gadis tarian K-Pop menerusi laman Instagram.

Baru-baru ini, nama Awie turut menjadi sebutan apabila dia memuat naik video seorang gadis yang sedang melakukan tarian K-Pop.

Awie pada Isnin bagaimanapun turut memuat naik permohonan maaf di laman Instagram terhadap gadis itu.

Sementara itu, seorang lagi individu turut tampil di laman Twitter sekali gus menambah kehangatan kontorversi melibatkan pemuda itu.

Satu lagi pendedahan yang didakwa melibatkan Awie di laman Twitter.

Dikenali sebagai @danyilyu, dia mendedahkan kononnya Awie pernah menjadi gay, suatu ketika dahulu.

Tweet itu sehingga kini menerima lebih 1,500 ulang kicau.

Menurut individu itu lagi, dia juga bercadang untuk mendedahkan gambar Awie dan bekas pasangannya jika tweet berkenaan mencecah 5,000 ulang kicau.

Individu ini turut mengugut untuk mendedahkan gambar lampau Awie.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
Awie MBR, Izzati Moffet, fitnah

Artikel Lain