KERANA bergurau melampaui batas, sekumpulan remaja dikecam gara-gara membuli seorang warga tua yang turut mendatangkan kemarahan warga media sosial. Video rakaman berdurasi lebih satu minit sekumpulan remaja lelaki yang membuli seorang lelaki Orang Kelainan Upaya (OKU) di Batu 7, Kampung Sijangkang minggu lalu tular sekaligus menimbulkan kemarahan netizen. Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang pada 7 Mei lalu, Mohd Mudakir Abdul Wahid, 59 dibuli dengan cara diejek, menjatuhkan motosikal dan dibaling cebisan kotak kerana menegur kumpulan remaja itu supaya menunaikan solat asar. ARTIKEL BERKAITAN: Di sebalik video tular, ibu bapa panik lihat mangsa buli iras anak lelaki tunggal ARTIKEL BERLKAITAN :“Kalau ada perikemanusiaan seorang anak…” - Ibu derita, rayu dikeluarkan dari rumah orang tua-tua Video tersebut dikongsi di Instagram mStar dan menerima lebih kurang 812 komen tidak berpuas hati mengenai sikap remaja itu melayan orang tua. View this post on Instagram Alahai budak-budak ni bosan sangat ke hidup korang? Sampai orang tua pun nak buli??? ? Kejadian di Sijangkang. Dengar cite derang dah kena kutip kat orang kampung. #mstaronlineofficial #mstarmns Video kredit : Twitter A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) on May 13, 2019 at 2:19am PDT Umumnya mereka meluahkan rasa geram ingin 'mengerjakan' remaja tersebut malah ada yang ingin memijak mereka. Dalam rakaman yang berlainan pula, kelihatan orang kampung mula berkumpul di rumah ibu bapa remaja itu dan membawanya keluar. Dipercayai empat remaja yang terlibat dalam insiden tidak beradab itu. "Kenapa kau buat macam tu? Dia buat apa dekat kau," kedengaran suara seorang wanita sambil menangis bertanyakan kepada remaja itu Update : Sesi Tazkirah pic.twitter.com/IHDt9jJaSg — amyzzz (@hilmizln) May 12, 2019 Selain itu, mangsa menganggap remaja itu seperti cucunya dan tidak sama sekali menyimpan dendam kerana perkara ini sudah selesai. Mohd Mudakir berkata, awalnya dia hanya datang untuk menegur kumpulan remaja itu yang dilihat melepak di kawasan parkir padang bola sepak kampung berkenaan. Mohd Mudakir berkata, dia menganggap kejadian itu sudah biasa berlaku terhadap dirinya, namun tidak sangka berlaku kekecohan sehingga tular di media sosial. Katanya, semua remaja itu hadir bagi memohon maaf dan dia kemudian memaafkan perbuatan mereka.