"BAGAI si kudung mendapat cincin" mungkin inilah peribahasa bagi menggambarkan nasib seorang wanita yang menempah sejambak bunga coklat untuk dihadiahkan kepada majikannya. Namun apa yang berlaku adalah sebaliknya kerana barangan yang dihantar tidak sama seperti yang dijanjikan. Terbaharu, Nur Shanisha Azlin Sharuddin atau mesra disapa Sha, 21, berkongsi pengalaman ditipu salah seorang online seller di Instagram menerusi laman Twitter miliknya baru-baru ini. Sha begitu teruja menempah sejambak bunga dipenuhi 20 coklat terkenal, Fererro Rocher untuk memberi kejutan kepada majikannya, namun nasib tidak menyebelahinya selepas tidak menerima seperti yang dijanjikan peniaga tersebut. "Saya tempah bunga coklat itu pada Jumaat pagi minggu lepas dan seller itu pun dah bersetuju terima tempahan selepas saya buat bayaran penuh RM260 termasuk servis penghantaran. "Dia sendiri setuju nak buatkan bunga coklat itu walaupun terima tempahan saya last minute sebab saya perlukan ia dihantar pada tengahari hari Jumaat itu juga. Bunga coklat yang sepatutnya diterima oleh Sha. "Kebetulan ketika itu saya berada di Subang Jaya, jadi kawan saya yang tolong ambilkan bunga coklat itu yang dihantar di pejabat saya di Mid Valley, namun selepas saya terima gambar coklat tersebut daripada kawan, jambangan bunga itu hanya ada sembilan coklat sahaja, bukannya 20 coklat seperti yang dijanjikan," ujarnya ketika dihubungi mStar. Bukan itu sahaja, caj penghantaran bunga coklat yang dikenakan sebanyak RM40 tidak masuk akal dan harga yang dikenakan juga terlalu mahal. ARTIKEL BERKAITAN: Ramai pandang pelik, graduan ‘usung’ bawang pemberian awek di majlis konvo, kawan kata ‘sesuai’! ARTIKEL BERKAITAN: Acah-acah nak kasut baharu, tapi graduan dapat hadiah konvo lebih mahal... “Ingatkan bunga biasa, rupa-rupanya jambangan duit” Mengulas lanjut tentang perkara tersebut, gadis yang menetap di Seksyen 27, Shah Alam ini turut memberitahu penjual online berkenaan memberi alasan tidak munasabah dengan menyatakan coklat selebihnya terjatuh ketika membuat penghantaran dan tidak mahu menggantikan dengan yang baharu. "Saya terus mesej dia untuk minta refund duit dan pada mulanya dia bagitahu hanya boleh refund RM20 sahaja namun dengan perasaan tidak puas hati, saya tetap minta refund RM260. Akaun Instagram milik online seller yang didakwa menipu ramai pelanggan. "Pada mulanya hanya nampak bluetick sahaja mesej yang saya hantar melalui Whatsapp, tetapi selepas didesak, pada Ahad lepas baru dia kembalikan wang saya," katanya yang kini bekerja sebagai eksekutif pentadbiran di salah sebuah syarikat di Subang Jaya. Sha berkata, disebabkan jambangan tak sempurna itu, dia terpaksa membatalkan niat untuk memberi hadiah kepada majikannya. Sebaliknya, sembilan biji coklat itu dimakan oleh rakannya yang mengambil coklat tersebut daripada si penghantar. Saya tak sangka benda sebegini boleh berlaku pada diri saya sendiri dan rupa-rupanya, selepas tweet saya viral di Twitter ramai yang DM saya melalui Twitter dan menceritakan pengalaman ditipu seller yang sama. NUR SHANISHA Mangsa penipuan 'online seller' Dalam pada itu, Sha juga memberitahu dia tidak mempunyai sebarang masalah menempah bunga sebelum ini namun kejadian seperti ini pertama kali berlaku pada dirinya. "Ikutkan kakak saya pun ada sediakan servis gubahan bunga coklat tetapi dia tak sempat nak buat, jadi saya terus order dengan penjual itu. "Saya tak sangka benda sebegini boleh berlaku pada diri saya sendiri dan rupa-rupanya, selepas tweet saya viral di Twitter ramai yang DM saya melalui Twitter dan menceritakan pengalaman ditipu seller yang sama. Sha tidak menyangka ramai lagi pernah menjadi mangsa kepada 'online seller' yang sama. Sementara itu, beberapa gambar yang dimuat naik Sha menerusi akaun Twitter @icahshaa telah menerima kira-kira 2,297 ulang kicau dan 853 tanda suka. Rata-rata netizen turut mengkritik harga yang dijual penjual tersebut yang terlalu 'mencekik darah'. "Gila mahal. Aku buat benda ni pun 20 coklat tak sampai RM200++. Ahhhh firaunnya hahahaha. RM200++ baru dapat fresh flower, bouquet besar lagi lah boleh dapat," komen salah seorang pengguna Twitter @wahida_abu. "Gila mahal. Tu bunga-bunga dia petik dari syurga ke apa," tulis @ShahAminudin. "Harga serupa buat gold rose," tulis CaptXee.