SEBUAH keluarga dikejutkan dengan berita sedih pada Ramadan ke-15 gara-gara tindakan individu tidak berperikemanusiaan menyembelih seekor lembu bunting. Selepas lembu berkenaan dicuri dari sebuah kandang, tindakan lebih advanced diambil apabila si pencuri itu menyembelih haiwan ternakan berkenaan di tempat yang sama. Kejadian itu mendapat perhatian kerana ia pertama kali berlaku di sebuah kampung di Pasir Putih, Kelantan. ARTIKEL BERKAITAN: Kejam! Dua lelaki bunuh kucing bunting, sumbat dalam mesin dobi ARTIKEL BERKAITAN: “Pembunuh kucing ada masalah mental, perlu hukuman berat!” Menurut Wan Fadhilah Wan Mahmud, keluarganya memelihara sebanyak lima ekor lembu. Sejak ayahnya meninggal pada tahun 2000, tugas memelihara lembu-lembu ini diambil alih oleh ibunya, Esah Latiff yang kini berusia 66 tahun. "Pagi Isnin selepas mak balik dari kandang yang terletak lebih kurang tiga kilometer dari rumah, dia beritahu seekor lembu kami kena sembelih. Wan Fadhilah berkongsi tentang lembu keluarganya dicuri di laman sosial. "Lebih sedih, lembu yang kena sembelih tu dalam keadaan bunting dan ini kali pertama ia bunting selepas tiga tahun kami memeliharanya. "Pelaku itu hanya tinggalkan perut dan karung anak lembu sahaja di kawasan kandang itu... nasib kami sedikit baik sebab lembu-lembu lain masih ada di situ," jelasnya kepada mStar. Wanita berusia 24 tahun itu memberitahu, kejadian seperti ini kali pertama berlaku di kawasan berkenaan. "Memang ada banyak kes curi lembu, tetapi kes curi dan sembelih lembu bunting di kandang macam ni tak pernah berlaku. "Lembu-lembu kami jenis yang tinggal dalam kandang dan tidak mengganggu laluan atau kawasan tempat tinggal orang lain," katanya. Wan Fadhilah berkata, kedudukan rumah keluarganya yang agak jauh dari kandang agak menyukarkan mereka untuk memantau lembu-lembu ini setiap masa. "Paling sedih emaklah kerana setiap hari, tiga kali sehari dia akan membonceng tong air menggunakan motosikal untuk diberikan kepada lembu-lembu itu. "Sebenarnya kami telah memelihara lembu sejak 30 tahun lalu ketika ayah masih ada," ujar anak bongsu daripada lapan orang adik beradik ini. Sebahagian daripada komen-komen netizen kes sembelih lembu bunting. Tambah Wan Fadhilah lagi, memang mereka sekeluarga marah dengan pencuri terbabit, tetapi tetap reda kerana menganggap ia bukan rezeki. "Marah lebih-lebih pun tak ada yang selesai juga. Kami terpaksa menerimanya dengan hati terbuka walaupun sakit hati. "Walaupun lembu-lembu itu dijaga oleh mak, kami juga turut sedih. Ada kalanya kami ada bantu mak buat kandang lembu. "Cuma yang saya terkilan, bulan puasa pun ada juga yang buat kerja macam ni," katanya. Kalau bulan lain kita kata orang jahat sebab ada syaitan, tetapi ini bulan yang mana syaitan dirantai tapi sifat jahat tu masih menguasai diri sebab diri kita tu sebenar 'hok' (yang) jahat. HASLIN NASUHA Wan Fadhilah dan kakaknya Haslin Nasuha turut berkongsi kisah lembunya itu di Facebook dan mendapat lebih 200 perkongsian dan hampir 500 komen daripada netizen. Pada posting tersebut, Haslin Nasuha memberi peringatan kepada penduduk sekitar Pasir Putih supaya berhati-hati kerana terdapat peniaga yang menjual daging lembu curi. "Kalau bulan lain kita kata orang jahat sebab ada syaitan, tetapi ini bulan yang mana syaitan dirantai tapi sifat jahat tu masih menguasai diri sebab diri kita tu sebenar 'hok' (yang) jahat. "Sian (kesian) lembu kawe (saya) kena sembelih doh (dah) la tengah bunting anak sulung," tulis Haslin.